Berita baik kepada semua pemohon yang terdiri dalam kategori 2, mesti ramai yang sudah menjadi tanda tanya bilakah pembayaran ini mula dikreditkan.
Untuk pengetahuan anda semua , bulan 7 ini adalah merupakan bulan yang terakhir untuk pembayaran i-Sinar bagi kategori 2 setelah i-Sinar diperkenalkan selama 6 bulan. Ramai penerima yang sudah dikreditkan pada bulan lalu kini hanya sesetengah penerima yang akan dikreditkan pada bulan ini disebabkan lewat membuat permohonan.
Semenjak i-Sinar diperkenalkan sangat membantu rakyat lebih-lebih lagi yang hilang sumber pendapatan akibat pandemik Covid-19 serta perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
PERINCIAN PEMBAYARAN I-SINAR
I-Sinar adalah merupakan salah satu kemudahan kepada pencarum untuk membuat pengeluaran duit KWSP mereka melalui akaun 1.
Perkara ini telah dibentangkan pada Pembentangan Belanjawan 2021 yang diadakan pada tahun lepas dan perkara dilaksanakan bermula Januari 2021.
TARIKH PEMBAYARAN I-SINAR
Makluman anda semua , bayaran i-Sinar untuk bulan Julai akan dilaksanakan pada 1 Julai 2021 dan dibayar secara berperingkat. Kebiasaannya , pembayaran ini mengikut bank masing-masing yang mana bayaran ini akan dilaksanakan pada waktu bekerja sahaja dari hari isnin sehingga jumaat.
- Tarikh bayaran pada bulan pertama (sekiranya bayaran pertama jatuh pada 8 mac , bulan seterusnya akan dibayar pada 8 april , 8 mei dan seterusnya sekiranya jatuh pada hari bekerja sahaja)
- maksiumam adalah selama 2 minggu atau
- pada hujung bulan
SEMAK PEMBAYARAN MELALUI I-AKAUN
Jika anda ingin membuat semakan tarikh pembayaran i-Sinar , anda boleh membuat semakan melalui i-akaun rasmi anda kerana disitu terdapat maklumat yang tepat berkenaan pembayaran i-Sinar.
MAKLUMAT LANJUT
Sekirannya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan pembayaran I-Sinar, boleh hubungi hotline di talian 03-8922 4848.