Pada pembentangan bajet belanjawan 2024 yang dikendalikan oleh Perdana Menteri juga merupakan sebagai Menteri Kewangan telah mengugumkan pelbagai jenis inisiatif bantuan kerajaan untuk diberikan kepada rakyat memeelukan.
Dalam pembentangan yang sedanf berlangsung , Perdana Menteri telah mengugumkan bahawa kerajaan bersetuju untuk meneruskan lagi Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (BSH) bagi tahun 2024.
Perkara tersebut adalah salah satu berita baik untuk semua penerima STR lebih – lebih lagi kerajaan telah meningkatkan jumlah bantuan sehingga RM3,700 bagi kategori yang telah ditetapkan.Bukan semua penerima STR yang akan terima bayaran penuh.
PERINCIAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Menerusi langsungnya pembentangan bajet Belanjawan 2024 , berkaitan STR ini kerajaan akan meningkatkan peruntukan sebanyak RM10 bilion jika dibandingkan pada tahun ini hanya RM8 bilion.
JUMLAH BANTUAN STR
Seperti yang kita tahu , pembayaran maksimum STR tahun 2024 telah dinaikkan kepada RM3,700 termasuklah dengan Sumbangan Asas Rahmah.
Walaubagaiamanpun , bukan semua kategori yang layak terima bayaran maksimum kerana pembayaran tersebut adalah berbeza dengan mengikut kategori yang telah ditetapkan.
TARIKH BAYARAN
Dijangkakan pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi Fasa 1 akan dikreditkan seawal bulan Februari 2024.
JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI
Buat masa sekarang , tiada sebarang maklumat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan mengenai jumlah bayaran mengikut kategori bagi setiap fasa. Tetapi , perkara sudah diumumkan mengenai jumlah maksimum STR adalah RM3,700.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai kemaskini ataupun permohonan baharu bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) , anda boleh layari portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .