PERINCIAN BANTUAN MUSIM TENGKUJUH (BMT)
Bantuan Musim Tengkujuh ataupun dikenali sebagai BMT ini merupakan sebuah bantuan kewangan yang akan diberikan kepada pekebun kecil / penoreh getah ini dengan sebagai usaha agar dapat meringankan beban mereka semasa menjelang musim tengkujuh.
JUMLAH BANTUAN BMT
Berita baik kelada anda semua , kerajaan telah menambah baik dengan meningkatkan kadar pembayaran iaitu RM800 berbanding dengan sebelum ini hanya diberikan RM600. Walaubagaimanapun , pembayaran ini berpeeingkat iaitu RM200 sebulan untuk tempoh 4 bulan.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk terima bantuan Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) :
1. Pekebun Kecil RISDA
- Warganegara Malaysia
- Pekebun Kecil Berdaftar (Pemilik Pengusaha) dengan RISDA
- Pemilik tanah yang telah disahkan
- Mempunyai 1 lot untuk seorang penerima bantuan sahaja
- Keluasan tanah perlulah 0.1 sehingga 2.5 hektar
2. Penoreh Bukan Pemilik
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan pemilik yang berdaftar dengan RISDA
- Menoreh di lot berkeluasan 0.1 sehingga 2.5 hektar
- Pengesahan pemilik tanah yang sah
- 1 lot ini hanya untuk seorang penama sahaja yang akan terima bantuan
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah (PAT – G) yang masih sah
SEMAKAN KELULUSAN BMT
Mkluman anda semua , pembayaran ini akan dilakukan secara Electronic Fund Transfer ( EFT) ke akaun bank anda , pasrikan akaun bank yang anda daftarkan adalah masih aktif.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembayaran BMT , Anda boleh terus hubungi pihK RISDA di talian hotline 03-4256 4022.