Seperti sedia maklum , mesti ramai yang tidak sabar dengan pembayaran i-Citra yang akan menjelma tidak lama lagi. Perkara ini telah menjadi tanda tanya daripada pencarum yang mana bilaka pembayaran i-Citra dilaksanakan serta bilaka jadual pembayaran akan dikeluarkan untuk mengetahui pembayaran I-Citra.
Oleh itu , pihak KWSP telah menetapkan tarikh pembayaran i-Citra dimana pembayaran ini akan dilaksanakan selama 5 bulan bermula Ogos 2021 mengikut tarikh permohonan yang dimohon. Hal ini dapat mengetahui tarikh pembayaran serta jadual pembayaran yang sebenar kepada pencarum.
CARA BUAT SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN
Berikut adalah merupakan 2 cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran i-Citra adalah seperti berikut :
1. Cara buat semakan tarikh bayaran menerusi laman web rasmi i-Citra
- Pertama sekali , anda perlu layari laman web rasmi di https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
- Sila masukkan maklumat yang berkenaan
- Seterusnya , status kelulusan serta pembayaran akan dipaparkan
- Contohnya adalah “pembayaran pertama akan dibayar ke akaun bank anda pada 7 Ogos 2021“
- Anda perlu layari laman web rasmi di https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
- Pastikan anda daftar masuk melalui ID & KATA LALUAN yang telah berdaftar
- Seterusnya , klik pada bahagian “PENGELUARAN ATAUPUN WITHDRAWAL“
- Sila klik pada bahagian “WITHDRAWAL HISTORY“
- Kemudian klik pada “I-Citra“
- Akhir sekali , tarikh pembayaran akan dipaparkan
TARIKH SEMAKAN BAYARAN I-CITRA UNTUK BULAN SETERUSNYA
Untuk pengetahuan anda semua , pembayran i-Citra ini adalah sama dengan proses pembayaran i-Lestari & I-Sinar yang dilaksanakan sebelum ini.
Anda boleh untuk membuat semakan tarikh pembayaran akhir i-Citra pada i-akaun KWSP anda.
- Sekiranya i-akaun anda mempunyai kolum “Monthly Recuring End Date” yang bertarikh pada 3 Disember , makan pembayaran untuk setiap bulan adalah pada awal bulan iaitu pada 3 hari bulan.
- Tambahan pula, tarikh pembayaran akan berubah jika jauh pada bukan hari bekerja.
- Anda hanya perlu merujuk tarikh penerimaan yang akhir diatas untuk mengambil tahu tarikh bayaran bulanan.