Jadual Pembayaran Wang Dan Tarikh Pembayaran I-Citra Sehingga RM5000 ~ Semak Sekarang !

Kongsi

Untitled 1


 

Seperti sedia maklum , mesti ramai yang tidak sabar dengan pembayaran i-Citra yang akan menjelma tidak lama lagi. Perkara ini telah menjadi tanda tanya daripada pencarum yang mana bilaka pembayaran i-Citra dilaksanakan serta bilaka jadual pembayaran akan dikeluarkan untuk mengetahui pembayaran I-Citra.


Oleh itu , pihak KWSP telah menetapkan tarikh pembayaran i-Citra dimana pembayaran ini akan dilaksanakan selama 5 bulan bermula Ogos 2021 mengikut tarikh permohonan yang dimohon. Hal ini dapat mengetahui tarikh pembayaran serta jadual pembayaran yang sebenar kepada pencarum.

CARA BUAT SEMAKAN TARIKH PEMBAYARAN

Berikut adalah merupakan 2 cara untuk membuat semakan tarikh pembayaran i-Citra adalah seperti berikut :

1. Cara buat semakan tarikh bayaran menerusi laman web rasmi i-Citra

  • Pertama sekali , anda perlu layari laman web rasmi di https://icitra.kwsp.gov.my/check-status
  • Sila masukkan maklumat yang berkenaan
  • Seterusnya , status kelulusan serta pembayaran akan dipaparkan
  • Contohnya adalah “pembayaran pertama akan dibayar ke akaun bank anda pada 7 Ogos 2021
2. Cara buat semakan jadual pembayaran melalui i-akaun
  • Anda perlu layari laman web rasmi di https://www.kwsp.gov.my/ms/ilogin/login-member
  • Pastikan anda daftar masuk melalui ID & KATA LALUAN yang telah berdaftar
  • Seterusnya , klik pada bahagian “PENGELUARAN ATAUPUN WITHDRAWAL
  • Sila klik pada bahagian “WITHDRAWAL HISTORY
  • Kemudian klik pada “I-Citra
  • Akhir sekali , tarikh pembayaran akan dipaparkan

TARIKH SEMAKAN BAYARAN I-CITRA UNTUK BULAN SETERUSNYA

Untuk pengetahuan anda semua , pembayran i-Citra ini adalah sama dengan proses pembayaran i-Lestari & I-Sinar yang dilaksanakan sebelum ini.

Anda boleh untuk membuat semakan tarikh pembayaran akhir i-Citra pada i-akaun KWSP anda.

  1. Sekiranya i-akaun anda mempunyai kolum “Monthly Recuring End Date” yang bertarikh pada 3 Disember , makan pembayaran untuk setiap bulan adalah pada awal bulan iaitu pada 3 hari bulan.
  2. Tambahan pula, tarikh pembayaran akan berubah jika jauh pada bukan hari bekerja.
  3. Anda hanya perlu merujuk tarikh penerimaan yang akhir diatas untuk mengambil tahu tarikh bayaran bulanan.

Leave a Comment