Pada penguguman Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) , Perdana Menteri Malaysia iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat satu kenyataan yang mana i-Citra telah diperkenalkan kepada pencarum untuk membuat pengeluaran sehingga RM5,000.
I-Citra ini diperkenalkan adalah bertujuan untuk meringankan beban mereka yang mendepani cabaran kesan daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan pada 1 Jun 2021.
JUMLAH KADAR BAYARAN
Dalam satu perutusan khas , Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memaklumkan pembayaran adalah sebanyak
- RM1000 setiap bulan selama 5 bulan
- Maksimum pengeluaran adalah sebanyak RM5,000
- Tertakluk kepada jumlah bagi di kedua-dua akaun 1 & 2
TARIKH PERMOHONAN
Untuk pengetahuan anda semua , permohonan i-Citra ini boleh dilaksanakan bermula :
- 15 Julai 2021
- Melalui laman web portal rasmi i-Citra
TARIKH PEMBAYARAN
Sekiranya anda lulus dalam permohonan i-Citra yang dibuka pada 15 Julai ini , anda akan menerima pembayran pada :
- Ogos 2021
SYARAT KELAYAKAN
Pencarum yang ingin membuat permohonan perlu memenuhi syrat kelayakan yang diperlukan
- Pencarum mestilah berumur 55 tahun dan ke bawah termasuk bukan warganegara dan pemastautin tetap
- Pencarum yang mempunyai baki simpanan sekurang-kurangnya RM150 dalam akaun pada tarikh permohonan
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan permohonan I-Citra , anda boleh terus menghubungi hotline i-Citra di talian 03-8922 4848.
Sya nak kemaskini