Kerajaan menyediakan insentif kepada para PKS Mikro adalah untuk membantu mereka yang terkesan akibat pandemik Covid-19. Perkara ini dilaksanakan melalui di bawah Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) yang telah dilancarkan pada Jun yang lepas.
Bantuan Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 bagi fasa 2 dijangkakan dapat memberikan manfaat kepada seramai 1 juta PKS Mikro yang lulus dalam permohonan.
TARIKH PEMBAYARAN
Pembayaran ini telah dikeluarkan menerusi kerajaan dimana tarikh bayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 bagi fasa 2 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima bermula
- 23 November 2021 (Selasa)
KADAR BAYARAN
Untuk makluman semua , kadar bayaran yang akan diberikan bagi fasa 2 adalah sebanyak
- RM500
- Pembayaran ini adalah merupakan bayaran lanjutan daripada fasa 1 RM500 yang telah dikreditkan ke dalam akaun bank penerima pada September 2021
- Secara keseluruhannya , pembayaran Geran Khas Prihatin (GKP) 4.0 sebanyak RM1000 dan telah dilaksanakan secara 2 fasa yang mana setiap fasa akan dilaksanakan sebanyak RM500
CARA BAYARAN
Di bawah kami akan kongsikan berkenaan cara pembayaran :
Pembayaran GKP ini akan dilaksanakan melalui dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang telah didaftarkan pada permohonan baharu ataupun bank persendirian penerima yang telah sedia ada seperti GKP 1.0 , GKP 2.0 , GKP 3.0
SIAPAKAH YANG BAKAL TERIMA?
Penerima bantuan GKP 4.0 bagi fasa 2 adalah merupakan penerima yang sedia ada seperti GKP 1.0 , GKP 2.0 , GKP 3.0 , GKP Rayuan dan penerima yang lulus dalam membuat permohonan baharu.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembayaran GKP 4.0 bagi fasa 2 , anda boleh terus rujuk melalui laman web portal rasmi di gkp.hasil.gov.my .