Dapatkan Borang Permohonan BKM 2022 Dengan Muat Turun Disini Sebelum 31 Januari 2022

Kongsi

AVvXsEhxFe0mrMvfxmLnkw jyil6yiW39tCfFfMfQZGAkhaxfZJVYgzdNYe1A8Sl23u7ndcV 9g5qx4fkfELb7bYfIUg2UbwQKBf46GPlp K15zK9n6JkPleEwHPRLznpVMJ8OYmeL3e8mKHyf6wwFPfY2ASlIWjku3WQfAjlnT6Zn QU8hq8uKEeRAGbdai=w640 h384

Pada tahun 2022 ini , jika anda mempunyai kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan anda boleh membuat permohonan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dengan secara manual melalui muat turun Borang Permohonan BKM.


Untuk makluman anda semua , permohonan serta kemaskini kelayakan perlu dibuat sebelum tarikh tutup iaitu pada 31 Januari 2022.

BORANG PERMOHONAN BKM 2022

Borang ini anda boleh dapatkan pada ruangan kosong di bawah yang kami akan kongsikan 

CARA MOHON BKM 2022 SECARA MANUAL

Di bawah kami akan terangkan langkah-langkah untuk membuat permohonan BKM 2022 secara manual :

  • Pertama sekali , anda perlu cetak dan mohon permohonan tersebut
  • Pastikan anda isi maklumat dengan lengkap pada ruangan yang disediakan
  • Setelah selesai , anda boleh hantar ke mana-mana cawangan seperti LHDNM , Pusat Transformasi Bandar (UTC) , Pejabat Daerah , Pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) atau Pusat Khidmat Hasil (PKH)

DOKUMEN SOKONGAN

Berikut adalah merupakan senarai dokumen sokongan yang diperlukan semasa mengisi borang permohonan BKM 2022 

I. Pemohon :

  • Salinan Sijil Perkahwinan yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri / JPN atau
  • Salinan Sijil Kematian pasangan yang telah dikeluarkan oleh JPN atau
  • Sijil Perceraian (asal dan salinan) yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri atau
  • Salinan Sijil Dekri Nisi / Dekri Nisi Mutlak yang telah dikeluarkan oleh Mahkamah
  • Salinan Kad OKU yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
II. Pasangan :
  • Salinan pengenalan Pasangan (Mykad / MyPR / MyKas) ataupun 
  • Salinan Pasport / Visa / UNHCR / Pas Sempadan
III. Anak :
A) Anak Kandung 
  • Salinan Mykad / Mykid dan
  • Salinan Sijil Lahir
B) Anak Angkat 
  • Salinan Mykad / Mykid dan 
  • Salinan Sijil Daftar Anak Angkat yang telah dikeluarkan oleh JPN
Borang Serahan Dokumen Sokongan BKM 2022 (BK-04) perlu diisi semasa mengemukakan dokumen sokongan berkenaan ke LHDNM ATAU boleh memuatnaik ke sistem BKM semasa permohonan secara dalam talian.

Leave a Comment