Seperti yang kita tahu , pada bulan januari 2022 kerajaan telah menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat yang bertujuan untuk meringankan beban yang terkesan dengan sumber pendapatan.
Bantuan yang disediakan ini adalah bantuan kewangan sebanyak RM600sebulan yang disambung semula dengan tempoh masa selama 3 bulan penerima akan menerima bantuan tersebut.
PERINCIAN PROGRAM SUBSIDI UPAH 5.0
Bantuan kewangan ini akan disalurkan melalui Program Subsidi Upah 5.0 ataupun PSU 5.0 . Untuk makluman anda semua , sumbangan yang diberikan tersebut sudah memasuki fasa ke 5 setelah sebelum ini 4 fasa telah dilaksanakan dengan sempurna.
Salah satu sebab program Subsidi Upah 5.0 dijalakan adalah untuk memastikan syarikat ataupun majikan yang terkesan ekonominya dapat meneruskan lagi operasi tanpa membuang sebarang pekerja.
Pada PSU 4.0 hampir semua sektor yang terjejas dengan ekonominya tetapi pada PSU 5.0 pula ini akan fokus pada sektor perlancongan sahaja.
KADAR BANTUAN
Kadar bantuan yang akan diberikan adalah seperti berikut :
- RM600 sebulan untuk setiap pekerja
- Tempoh masa adalah selama 3 bulan
- Secara keseluruhan , jumlah bantuan yang akan diterima adalah sebanyak RM1,800
TARIKH MOHON
Tarikh permohonan untuk bantuan Program Subsisdi Upah 5.0 adalah seperti berikut :
- 1 Januari 2022 – 31 Januari 2022
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan seperti
- Majikan serta perusahan yang terdiri dari sektor perlancongan dan berkaitan dengannya
- Kadar penurunan sebanyak 30%
- Syarikat yang menjalankan aktiviti perhotelan , pengurup wang (money changer) , penerbangan , penyimpanan dan pengangkutan.
CARA MOHON
Borang permohonan ini adna boleh dapat melalui https://psu.perkeso.gov.my/
DOKUMEN YANG DIPERUKAN
Semasa anda buat permhonan , anda perlu menyediakan beberapa dokumen yang diperlukan seperti
- Senarai nama pekerja
- Maklumat akaun bank majikan
- Salinan pendaftaran SSM / ROS / BT / ROB ataupun lain-lain
- Maklumat Business Registeration Number (BRN) yang telah didaftarkan oleh majikan semasa pembukaan akaun bank