Mungkin ramai yang diantara kita masih tidak tahu tentang penggunaan aplikasi i-Akaun yang mampu memberikan kemudahan kepada pengguna bagi sebarang urusan berkenaan KWSP.
Bagi mereka yang diluar sana masih lagi mempunyai i-Akaun , anda boleh membuat pendaftaran tanpa sebarang berurusan di kaunter KWSP.
PERINCIAN I-AKAUN
I-Akaun adalah merupakan sebuah alternatif yang memudahkan pencarum untuk membuat sebarang pengurusan wang EPF KWSP , ahli diwar warkan untuk membuat pendaftaran i-Akaun.
Antara kemudahan yang disediakan oleh i-Akaun KWSP adalah seperti berikut :
- Semakan baki simpanan
- Semakan rekod caruman
- Kemaskini maklumat peribadi
- Semakan maklumat pengeluaran
- Semakan kelayakan pengeluaran
- Transaksi caruman KWSP yang terkini
- Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk membuat pendaftaran i-Akaun KWSP :
- Ahli KWSP mempunyai no ID ahli dan nombor KWSP yang sah
- Majikan mempunyai nombor KWSP yang sah
CARA UNTUK DAFTAR I-AKAUN TANPA BERATUR
Kami akan kongsikan di bawah mengenai cara untuk membuat pendaftaran i-Akaun KWSP tanpa beratur di cawangan KWSP :
- Anda perlu masukkan no kad pengenalan serta nombor bimbit yang aktif , kemudian , anda perlu mengimbas dengan cap jari
- Sekeping kertas akan memparkan nombor ID . Satu messaj juga akan dihantar ke telefon bimbit anda dengan mengandungi kata laluan oleh KWSP
- Masukkan semula kata laluan yang telah dihantar
- Seterusnya , pilih “Semak penyata” dan sekeping kertas akan keluar dengan mengandungi penyata akaun 1 , penyata akuan 2 serta baki keseluruhan
- Muatturun aplikasi i-Akaun KWSP melalui telefon anda di play store ataupun app store
- Masukkan nombor id dan kata laluan yang diperolehi
- Sila masukkan nombor id dan kata laluan baru untuk memudahkan anda
- Tahniah ! , pendaftaran anda berjaya
LOKASI KIOSK BERDEKATAN
- Anda perlu layari laman web portal rasmi di https://www.kwsp.gov.my/
- Anda perlu klik pada bhagaian “Hubungi kami” dan klik paparan “Pejabat dan kiosk”
- Pilih negeri yang anda menetap , klik pada “Pihak ketiga Kios” di bahagian jenis dan klik carian
- Senarai kiosk yang anda cari akan dipaparkan
TERLUPA KATA LALUAN
Ikuti langkah-langkah yang disediakan bagi mereka yang terlupa dengan kata laluan :
- Layari laman web portal rasmi di https://www.kwsp.gov.my/
- Anda klik pada bahagian log masuk serta klik i-Akaun ahli
- Tekan “lupa kata laluan”
- Anda boleh memilih bantuan yang diperlukan (kata laluan sahaja , ID penggunaa sahaja )
- Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor KWSP
- Pastikan anda tekan permintaan TAC untuk mendapatkan nombor TAC
- Nombor TAC akan diberikan melalui sms dan anda perlu masukkan nombor TAC tersebut ke dalam ruang yang disediakan
- Cipta kata laluan yang baru
- Pastikan isi pengesahan kata laluan dan hantar , Selesai !