Makluman anda semua , Tenaga (SAVE) 3.0 adalah merupakan salah satu program e-Rebat dengan menawarkan RM400 untuk isi rumah rumah yang domestik dalam membeli barangan elektrik dengan label kecekapan berlabel 4 bintang atau 5 bintang melalui Suruhanjaya Tenaga (ST).
Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KTSA) juga adalah merupakan kementerian bertanggunggjawan dalam melaksanakan program Tenaga SAVE 3.0 dan SEDA Malaysia yang telah dilantik sebagai Agensi Perlaksana dengan mendapatkan sokongan daripada Suruhanjaya Tenaga (ST).
PERINCIAN SAVE 3.0
Program maksimum sehingga maksimum RM400 yang akan diberikan kepada isi rumah cekap dalam membeli barangan elektrik yang menerima label 4 bintang atau 5 bintang melalui Suruhanjaya Tenaga (ST).
TUJUAN PROGRAM SAVE 3.0
- Meningkatkan lagi jumlah 5 dan 4 bintang pada peralatan elektrik cekap di pasaran
- Memberikan kesedaran kepada orang awam yang diluar sana dalam mebeli barangan lektrik yang cekap tenaga dalam menggunakan peralatan elektrik
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang telah ditetapkan :
- Warganegara Malaysia
- Pengguna berdaftar (DOMESTIK) di syarikat Utiliti Elektrik seperti TNB , Sabah Electricity Sdn Bhd , Sarawak Energy Berhad dan Nur Power Sdn Bhd.
- 1 akaun bil elektrik sahaja yang layak untuk mohon 1 e-Rebat bag isetiap kategori
- Penerima e-Rebat bagi program Save 2.0 tidak layak untuk mohon kategori 1 SAVE 3.0
CARA MENEBUS
Anda boleh tebus program Save 3.0 melalui Shopee dengan langkah-langkah yang diterangkan di bawah :
- Anda perlu cari teg ” Save 3.0″
- Pastikan anda berkomunikasi dengan penjual untuk mendapatkan baucar jimat
- Sekiranya anda diluluskan , penjual akan memberikan kod baucar
- Selepas daftar keluar , ada perlu klik pada bahagian “Baucar Kedai” dan masukkan kod buacar untuk menerima penjimatan sebanyak RM200.
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat lebih lanjut , anda terus masuk ke link Shopee yang akan disediakan di bawah :