Cara Membuat Tebusan E-Wallet Bermula 1 Jun 2021 Dengan Jumlah Sebanyak RM150

Kongsi

Untitled 1


 

Semasa pembentangan pelan PEMERKASA yang telah dilaksanakan yang lepas , Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat satu kenyataan rasmi berkenaan  bantuan kredit e-wallet yang mana akan dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 bagi yang layak.


Untuk makluman anda  , perkara ini telah dibincangkan yang mana bantuan e-Wallet akan  dinaikkan untuk kali kedua selepas penambahan RM50 kepada RM100 pada bulan januar 2021 yang lalu. Bantuan kredit e-Wallet ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 Juta untuk belia di seluruh Malaysia. Pemberian bantuan kredit e-wallet mempunyai di dalam strategi 4: Mengutamakan Agenda Keterangkuman , Langkah 6: Pembangunan Sukan serta Belia.

image

TARIKH PEMBAYARAN 

Tarikh penebusan kredit e-Wallet akan dilaksanakan bermula 

  • 1 – 22 JUN 2021  

      

SYARAT KELAYAKAN 

Berikut adalah merupakan syarat kelayakan: 

  • Mestilah warganegara Malaysia
  • Berumur tidak kurang daripada 18 tahun serta tidak melebihi 20 tahun 
  • Merupakan pelajar IPTA serta IPTS yang layak tanpa mengira umur 
  • Mempunyai salah satu aplikasi perkhidmatan untuk membuat tebusan seperti Boost, Touch n Go dan Grab Pay. 


CARA MEMBUAT PERMOHONAN 

  • Tiada sebarang permohonan bersurat ataupun pergi ke mana-mana pejabat kerajaan diperlukan.
  • Bantuan ini akan diberikan sekiranya anda membuat memuat naik salah satu aplikasi daripada tiga aplikasi yang ditetapkan seperti Boost , Touch n Go dan Grab Pay. 
  • Seterusnya , anda perlu daftarkan akaun anda ataupun verifikasi akaun anda dengan menggunakan kad pengenalan.
Bantuan ini hanya akan diberikan kepada belia yang layak untuk menerima bantuan kredit e-wallet. Sekiranya anda layak , anda boleh verifikasi akaun anda untuk membuat tebusan dan bayaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun e-Wallet anda. Tetapi tiada tarikh rasmi yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan buat masa ini. 

2 thoughts on “Cara Membuat Tebusan E-Wallet Bermula 1 Jun 2021 Dengan Jumlah Sebanyak RM150”

  1. Salam pada pihak yang telah melaksanakan (pelan pemerkasaan) bagi yang
    melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 Juta untuk belia di seluruh Malaysia, adalah merupakan pelajar IPTA serta IPTS yang layak, dan adakah ianya tanpa mengira umur bagi golongan IPTA serta IPTS yang melebihi 20thn ke atas.. seperti golongan yang berumur 35thn dan ke bawah sebagaimana yang telah di sedia-adakan syarat dan kelayakan seperti di atas..?

Leave a Comment