Semasa pembentangan pelan PEMERKASA yang telah dilaksanakan yang lepas , Perdana Menteri iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat satu kenyataan rasmi berkenaan bantuan kredit e-wallet yang mana akan dinaikkan daripada RM100 kepada RM150 bagi yang layak.
Untuk makluman anda , perkara ini telah dibincangkan yang mana bantuan e-Wallet akan dinaikkan untuk kali kedua selepas penambahan RM50 kepada RM100 pada bulan januar 2021 yang lalu. Bantuan kredit e-Wallet ini melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 Juta untuk belia di seluruh Malaysia. Pemberian bantuan kredit e-wallet mempunyai di dalam strategi 4: Mengutamakan Agenda Keterangkuman , Langkah 6: Pembangunan Sukan serta Belia.
TARIKH PEMBAYARAN
Tarikh penebusan kredit e-Wallet akan dilaksanakan bermula
- 1 – 22 JUN 2021
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan:
- Mestilah warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang daripada 18 tahun serta tidak melebihi 20 tahun
- Merupakan pelajar IPTA serta IPTS yang layak tanpa mengira umur
- Mempunyai salah satu aplikasi perkhidmatan untuk membuat tebusan seperti Boost, Touch n Go dan Grab Pay.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
- Tiada sebarang permohonan bersurat ataupun pergi ke mana-mana pejabat kerajaan diperlukan.
- Bantuan ini akan diberikan sekiranya anda membuat memuat naik salah satu aplikasi daripada tiga aplikasi yang ditetapkan seperti Boost , Touch n Go dan Grab Pay.
- Seterusnya , anda perlu daftarkan akaun anda ataupun verifikasi akaun anda dengan menggunakan kad pengenalan.
H
Salam pada pihak yang telah melaksanakan (pelan pemerkasaan) bagi yang
melibatkan peruntukan sebanyak RM1.5 Juta untuk belia di seluruh Malaysia, adalah merupakan pelajar IPTA serta IPTS yang layak, dan adakah ianya tanpa mengira umur bagi golongan IPTA serta IPTS yang melebihi 20thn ke atas.. seperti golongan yang berumur 35thn dan ke bawah sebagaimana yang telah di sedia-adakan syarat dan kelayakan seperti di atas..?