BKM Fasa 3 : Pembayaran Bantuan Kewangan Sehingga RM900 Secara Tunai

Kongsi
Untitled 2

Pengetahuan untuk semua , pembayaran Bantuan 1 Keluarga yang melibatkan jumlah sebanyak RM900 dengan tuntutan secara tunai. Penerima yang layak ini dijangkakan akan dikreditkan pada awal bulan September 2022. 


Pembayaran ini juga melibatkan beberapa kategori yang layak iaitu isi rumah , bujang , warga emas serta ibu bapa tunggal (IBT). Dalam pembayaran untuk fasa 3 ini mesti ramai yang sudah tertunggu bilakah BKM Fasa 3 ini mula dikreditkan.

Pada maklumat kali ini , kami akan kongsikan maklumat yang lebih terperinci mengenai Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 termasuklah tarikh penting & kadar bayaran yang dilaksanakan pada September ini.

Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :

SEMAKAN STATUS BKM 202

Pembayaran Fasa 1

  • Telah dilaksanakan pada 28 Mac 2022 secara berperingkat dan pada 30 Mac 2022 pula merupakan tuntutan secara tunai di cawangan BSN

Pembayaran Fasa 2

  • Dikreditkan pada 27 Jun 2022 dengan secara berperingkat begitu juga dengan tebusan secara tunai boleh dibuat di cawangan kaunter BSN

Pembayaran Fasa 3

  • Bayaran mula dikreditkan pada September 2022

Pembayaran Fasa 4

  • Bayaran dikreditkan pada bulan Disember 2022

JUMLAH BAYARAN BKM Fasa 3

Di bawah kami akan kongsikan jumlah bayaran yang diterima oleh penerima :

1) Isi rumah – Penerima berumur di bawah 59 tahun

a) Pendapatan sebulan di bawah RM2,500

  • 0 anak – RM200 
  • 1-2 orang anak – RM300
  • 3 serta lebih orang anak – RM400

b) Pendapatan sebulan antara RM2,501 – RM5,000

  • 0-3 orang anak dan ke atas – RM100

2) Isi rumah – Penerima berumur 60 tahun dan ke atas

a) Pendapatan sebulan di bawah RM2,500

  • 0 anak – RM500
  • 1 – 2 orang anak – RM600
  • 3 dan kematas orang anak – RM700

b) Pendapatan sebulan antara RM2,501 – RM5,000

  • 0-3 orang anak dan ke atas – RM400

3) Ibu Bapa Tunggal (IBT) mempunyai anak – Umur tiada had

a) Pendapatan sebulan di bawah RM2,500

  • 1-2 orang anak – RM800
  • 3 orang anak dan ke atas – RM900

b) Pendapatan sebulan antara RM2,501 – RM5,000

  • 1-3 orang anak dan ke atas – RM600

4) Bujang dan IBT yang tidak mempunyai anak – berumur 59 tahun dan ke bawah

  • RM150

5) Bujang dan IBT tidak mempunyai anak – berumur 60 tahun dan ke atas

  • RM150

CARA SEMAK STATUS

Di bawah kami akan kongsikan cara untuk membuat semakan status BKM Fasa 3 :

  • Log masuk ke laman sesawang https://bkm.hasil.gov.my/
  • Klik semakan status 
  • Paparan kelayakan akan ditunjukkan
  • Sila klik pada maklumat pembayaran untuk melihat status pembayaran

MAKLUMAT LANJUT 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembayaran BKM ,Anda boleh terus layari di laman web portal easmi BKM https://bkm.hasil.gov.my/.

Leave a Comment