Makluman penting untuk semua khususnya penerima Bantuan SARA , kerajaan telah mengugumkan bahawa tarikh bayaran terakhir akan dilaksanakan mulai Disember 2023 yang merupakan penutup bulan bagi tahun ini.
Bantuan yang akan diberikan kepada penerima ini adalah salah satu bantuan keperluan asas daripada kerajaan.
Bagi setiap penerima yang layak akan terima bayaran sebanyak RM100 yang akan diberikan pada bulan depan (Disember). Bantuan ini hanyalah diberikan kepada rakyat yang terdiri daripada golongan MyKasih.
BANTUAN TAMBAHAN SARA
Melalui pembentangan bajet belanjawan 2023 yang telah diadakan pada bulan Februari yang lepas, Kerajaan Perpaduan melalui Perdana Menteri telah mengugumkan pelancaran sebuah bantuan tambahan di bawah program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang sedia ada.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah ditambah baik dengan memperkenalkan Bantuan Tambahan yang berjumlah RM600 akan diberikan kepada isi rumah dengan tempoh dibayar selama 6 bulan.
CARA MEMBUAT PENEBUSAN
Program yang diperkenalkan ini akan menawarkan elaun sebanyak RM600 dan dibayar secara berperingkat dengan bayaran sebanyak RM100 dalam tempoh 6 bulan.
Justeru itu , nama dan nombor kad pengenalan penerima yang layak akan direkodkan serta boleh menggunakan secara tanpa tunai melalui MyKad penerima yang layak.
BAYARAN STR TAMBAHAN MENGIKUT TANGGUNGAN
Berikut adalah merupakan kadar bayaran yang akan diberikan kelada setiap isi rumah yang mempunyai tanggungan :
- Tiada anak : RM600
- 1 – 2 anak : RM600
- 3 – 4 anak : RM600
- 5 & ke atas : RM600
JUMLAH BAYARAN
Seperti yang sedia maklum , bantun tersebut diberikan secara one-off RM600 tetapi akan dibayar setiap bulan dalam tempoh selama 6 bulan seperti yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Penerima yang layak akan dikreditkan melalui Kad Pengenlan agar dapat membuat pembelian barangan dapur ataupun makanan di pasraraya yang telah ditetapkan.
- Fasa 1 (Julai) : RM100
- Fasa 2 (Ogos) : RM100
- Fasa 3 (September) : RM100
- Fasa 4 (Oktober) : RM100
- Fasa 5 (November) : RM100
- Fasa 6 (Disember) : RM100
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan :
- Kategori isi rumah miskin tegar
- Pendapatan bulanan hendaklah di bawah RM1,169
- Penerima STR bagi tahun 2023
- Tiada had umur
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan serba sedikit manfaat kepada semua penerima yang layak.