Bayaran Bantuan BMT Bagi Fasa RM200 Akan Dikreditkan Bulan Ini ~ Semak Sekarang !

Kongsi
Untitled 1

Terdapat sebuah bantuan kewangn yang berjumlah RM800 akan disalurkan pada penghujung tahun ini. Walaubagaimanapun , bayaran tersebut bukannya sekali sahaja tetapi akan dilaksanakan selama 4 bulan dengan bayaran sebanyak RM200 sebulan dalam tempoh 4 bulan.



Bantuan yang dimaksudkan di atas adalah Bantuan Musim Tengkujuh sebagai bantuan tahunan.


BANTUAN BMT

Kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik dengan bayar kepada RM800 untuk setiap penerima yang layak. Pihak kerajaan menerusi agensi RISDA akan sentiasa untuk mengambil berat dalam memelihara kebajikan pekebun kecil serta melaksanakan pemantuan agar tiada sebarang pekebun kecil yang tercicir untuk terima bantuan tersebut.

JUMLAH BANTUAN

Bermula sahaja pada tahun ini iaitu 2023 , jumlah pemberian Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) akan dinaikkan kepada RM800 jika dibandingkan pada tahun lepas hanya RM600 sahaja diberikan kepada individu yang layak.

Dengan penambah baikaan dari segi jumlah bantuan yang diberikan ini sekaligus dapat membantu para pekebun yang terjejas apabila menghadapu musim tengkujuh yang melanda di negara kita.

TARIKH PERMOHONAN

Sebarang permohonan telahpun ditutup iaitu pada 15 September 2023 yang lepas, kini hanya tunggu bayaran sahaja yang akan dikreditkan ke dalam akaun penerima masing – masing.

TARIKH BAYARAN

Berikut adalah merupakan tarikh bayaran yang diumumkan oleh kerajaan :
  • November 2023
  • Disember 2023
  • Januari 2024
  • Februari 2024
Nota : Permohonan yang berjaya dalam membuat permohonan akan diberikan bantuan sebanyak RM800 dan akan dibayar secara berperingkat RM200 sebulan dalam tempoh 4 bulan seperti mana yang telah dinyatakan di atas.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang diperlukan :

1) Pekebun kecil (Pemohon) yang telah menyertai program tanam semula RISDA ataupun bukan di bawah mana – mana agensi 
  • Salinan kad pengenalan
  • Salinan geran asal tanah 
  • Salinan akaun bank yang aktif
2) Pemohon penoreh yang bukan pemilik mestilah menyertakan dokumen sokongan seperti berikut :
  • Salinan kad pengenlan pemohon asal
  • Salinan kad pengenalan pemilik tanah
  • Salinan geran lot yang ditoreh
  • Salinan buku akaun bank yang masih aktif
  • Salinan kad PAT-G yang sah 
  • Surat pengesahan daripada pemilik tanah

MAKLUMAT LANJUT 

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan BMT ,anda boleh terus layari laman web portal rasmi RISDA di https://www.risda.gov.my/ms/ .

Leave a Comment