Bantuan Tunai RM600 Secara One – Off Dikreditkan Bulan Ini ~ Semak Sekarang !

Kongsi

Sekiranya kita lihat pada sebelum ini , pembayaran STR Fasa 1 dan Fasa 2 telahpun selesai disalurkan kepada setiap penerima yang layak. Kerajaan juga turut menambah baik dengan melaksanakan bantuan tambahan berjumlah RM100 yang akan diberikan setiap bulan.

BANTUAN TAMBAHAN SARA

Bantuan tambahan STR juga kerajaan memperkenalkan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang akan diberikan secara tanpa tunai melalui Kad Pengenalan penerima yang layak sahaja untuk membuat perbelanjan barangan asas yang terdapat pada kedai ataupun pasaraya yang telah berdaftar.

Baca juga : Bayaran STR Fasa 3 : Terima Sehingga RM650 Untuk Setiap Isi Rumah Yang Layak

PENERIMA SARA DI SABAH , SARAWAK DAN LABUAN

Pembayaran ini adalah berbeza kerana bagi setiap penerima yang menetap di Sabah , Sarawak dan Labuan akan diberikan secara tunai dan boleh ditebus melalui kaunter Bank Simpanan Nasional berbanding dengan penerima yang menetap di semenanjung akan terima bayaran melalui kredit.

Untuk pengetahuan anda semua , bayaran bantuan tambahan ini akan disalurkan sebanyak 2 kali dalam setahun dengan jumlah bayaran yang berbeza mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

I. Isi Rumah / Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM600 (19 Februari)
  • RM600 (12 Ogos)

II. Bujang

  • RM300 (19 Februari)
  • RM300 (12 Ogos)

SEMAKAN KELAYAKAN

Makluman untuk semua penerima yang layak , bantuan SARA ini akan diberikan kepada penerima yang layak sahaja berdasarkan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalam data e-kasih iaitu dengan rujukan kementerian dan agensi kerajaan.

Semakan kelayakan ini anda boleh buat melalui portal rasmi MyKasih di https://mykasih.com.my/ .

Iktui Channel Telegram Rasmi : https://t.me/MalaysiaKinii