Bayaran STR Fasa 3 : Terima Sehingga RM650 Untuk Setiap Isi Rumah Yang Layak

Kongsi

Bayaran STR Fasa 3 : Terima Sehingga RM650 Untuk Setiap Isi Rumah Yang Layak. Kebelakangan ini , tarikh bayaran ini menjadi buah mulut orang yang sedang tertunggu – tunggu dengan pembayaran tersebut. Walaubagaimanapun , kerajaan telah mengugumkan tarikh rasmi bayaran STR Fasa 3 ini akan dilaksanakan mulai 29 Ogos 2024.

Pada pembentangan bajet Belanjawan 2024 , YAB Dato Seri Anwar Ibrahim yang merupakan Perdana Menteri Malaysia dengan Menteri Kewangan mengugumkan bahawa peruntukan STR ini telah dinaikkan sebanyak RM2 bilion yang akan memberikan manfaat sebanyak 60% bagi penduduk dewasa.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan salah satu bantuan kewangan secaea tunai yang telah diberikan oleh pihak kerajaan khususnya bagi mereka yang terdiri daripada kategori isi rumah , ibu / bapa tunggal , warga emas yang tidak mempunyai pasangan dan bujang.

Baca juga : Jumlah Bayaran Bantuan STR Fasa 3 Untuk Golongan Bujang ~ Semak Sekarang !

Seperti yang kita tahu , bantuan tahunan ini selalunya akan dilaksanakan dengan secara berperingkat dengan melibatkan beberapa fasa yang akan ditetapkan oleh kerajaan. Pada tahun ini , melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) melibatkan 4 fasa dan sekarang merupakan bayaran STR Fasa 3. Oleh itu , tinggal fasa 4 sahaja lagi yang akan difokuskan oleh kerajaan selepas ini.

BANTUAN STR FASA 3

Berita baik untuk anda semua , tarikh rasmi bayaran STR Fasa 3 ini pun telah diumumkan yang akan disalurkan pada 29 Ogos 2024. Bagi penerima yang memegang akaun BSN kebiasannya akan terima bayaran lebih awal berbanding mereka yang memegang akaun bank selain BSN.

JUMLAH BANTUAN

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran yang akan diberikan mengikut kategori telah ditetapkan :

I. Isi Rumah (Pendapatan di bawah RM2,500)

  • RM150 – RM650

II. Isi Rumah (Pendapatan antara RM2,501 – RM5,000)

  • RM150 – RM300

III. Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM150

IV. Bujang

  • RM50

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bayaran bantuan str fasa 3 , anda boleh terus rujuk mellui portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .