Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Tahun 2023

Kongsi
Untitled 2

Kuala Lumpur : Kerajaan bakal meneruskan lagi Bantuan Tunai Rakyat (BTR) seperti mana yang dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu.


Seperti yang kita tahu , Bantuan Tunai Rakyat (BTR) bagi Fasa 1 ini akan dilaksanakan mulai Januari 2023.

Persana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengatakan bahawa Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini mamlu memberikan manfaat hampir sembilan juta penerima dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion.

ISI RUMAH TERIMA BANTUAN RM300

Pada pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini setiap isi rumah bakal terima bantuan kewangan berjumlah RM300 manakala bagi kategori bujang pula akan terima sebanyak RM100.

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) ini akan dilksanakan pada bulan Januari 2023 bukanlah bulan Mac seperti mana yang telah diumumkan sebelum ini.

KERAJAAN BENTANG SEMULA BAJET 2023

Untuk pengetahuan anda semua , Kerajaan Perpaduan Malaysia bakal membentangkan semula Bajet Belanjawan 2023 dengan lebih baik untuk menjaga kesejahteraan rakyat serta merperkukuhkan prestasi ekonomi pada Februari depan.

Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengatakan bahawa bajet belanjawan 2023 ini akan dibentangkan sendiri olehnya nanti.

Leave a Comment