Seperti yang sedia maklum , pelbagai jenis bantuan kewangan mahupun barangan yang disalurkan pada tahun ini yang disediakan oleh kerajaan. Antara bantuan kewangan yang diperkenalkan ini termasuklah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) , MySalam serta bantuan bulanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan lain – lain lagi.
Bantuan kewangan yang seperti ditertulisndi atas sudah pasti dapat meringankan serba sedikit isi rumah yang terjejas dengan sumber pendapatan mahupun ekonomi yang semakin meningkat pada masa sekarang.
Baca juga : Bantuan Tambahan Bujang RM600 Bagi Penerima Yang Layak
BANTUAN SKK 2024
Kerajaan juga menawarkan bantuan kewangan yang dikenali sebagai SKK ataupun Skim Khairat Kematian yang berjumlah sebanyak RM1000 untuk diberikan kepada penerima yang layak sahaja.
SKIM KHAIRAT KEMATIAN RM1000
Objektif utama Skim Khairat Kematian ataupun nama singkatan ialah SKK ini adalah untuk terus menyokong kewangan kepada anggota masyarakat yang menghadapi masalah seperti kematian ahli keluarga ataupun jiran tetangga.
KADAR BAYARAN
Berita baik untuk anda semua , kadar bayaran yang akan diberikan kepada penerima yang layak adalah sebanyak.
- RM1000
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang ditetapkan untuk memohon bantuan Skim Khairat Kematian (SKK) :
- Sudah berkahwin atau
- Ibu & bapa / Tunggal / Duda / Janda ataupun balu yang mempunyai anak
- Warga emas bujang / tiada pasangan
- Ahli yang meninggal dunia pada 1 Januari 2022 sehingga 31 Disember 2022
- SKK ini boleh dituntut jika wakil didaftarkan oleh pemohon
- Pasangan bukan warganegara Malaysia yang meinggal dunia adalah tidak layak untuk terima bantuan SKK
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Sijil kematian asal ataupun salinan daripada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) serta
- Kad pengenalan asal wakil
- Dokumen pembuktian anda sebagai pertalian antara penerima dan wakil
CARA MEMBUAT TUNTUTAN
Sekiranya anda ingin membuat tuntutan setelah anda disahkan layak untuk terima bantuan SKK ini boleh dibuat melakui mana – mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.