Bantuan Tambahan Bujang RM600 Bagi Penerima Yang Layak

Kongsi

Makluman untuk anda semua , pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa 1 dan 2 telahpun disalurkan ke dalaum akan penerima masing – masing pada bulan januari dan april yang lalu. Tetapi buat masa kini rakyat lebih memfokuskan dengan tarikh bayaran bantuan STR Fasa 3 yang akan disalurkan pada bulan Ogos ini.

Kerajaan telah bersetuju untuk menambah baik melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi kategori bujang dengan meningkatkan kadar bayaran sebanyak RM100 sehingga RM600 dengan setiap bulan bagi tahun ini.

Baca juga : Bantuan Barangan Dapur RM300 Setiap Bulan Untuk Golongan B40

PERINCIAN BANTUAN TAMBAHAN SARA

Bantuan tambahan STR yang telah diperkenalkan oleh kerajaan sebagai Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan dikreditkan secara tanpa tunai menerusi kad pengenalan penerima yang layak. Salah satu sebab kenapa dikreditkan secara dikreditkan melalui kad pengenalan ini adalah untuk memudahkan penerima membuat pembelian barangan asas.

SABAH , SARAWAK DAN LABUAN BAGI BANTUAN SARA

Berita baik untuk semua penerima bantuan SARA yang menetap di negeri Sabah , Sarawak dan Labuan kerana bantuan tersebut akan disalurkan secara wang tunai yang bokeh ditebus melalui kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.

Manakala , bagi penerima yang menetap di semenanjung pula akan disalurkan melalui kad pengenalan. Pembayaran ini juga akan dilaksanakan sebanyak dua kali dalam masa setahun dengan mengikut jumlah bayaran yang telah ditetapkan.

I. Isi Rumah / Warga Emas (Tiada Pasangan)

  • RM600 (19 Februari)
  • RM600 (12 Ogos)

II. Bujang

  • RM300 (19 Februari)
  • RM300 (12 Ogos)

SEMAKAN KELAYAKAN

Semakan kelayakan ini adalah berdasarkan pemohon yang merupakan status kategori miskin dan miskin tegar dalam pangkalan data e- kasih iaitu dengan rujukan kementerian serta agensi kerajaan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan tambahan SARA ini , anda boleh terus rujuk melalui portal rasmi MyKasih di https://mykasih.com.my/.