Berita baik kepada anda semua , kerajaan telah menyediakan bantuan kewangan kepada rakyat menerusi Bantuan Keluarga Malaysia ( BKM) yang telah diperkenalkan di bawah Bajet Belanjawan 2022. Bantuan ini akan difokuskan kelada golongan yang memerlukan agar dapat meringankan beban mereka.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 juga akan memberikan manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas serta bujang.
Seperti yang anda tahu , Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ini akan dilaksanakan secara berperingkat iaitu dengan melibatkan 4 Fasa dalam setahun iaitu pada tahun ini. Kadar bayaran juga adalah berbeza mengikut kategori yang telah ditetapkan oleh kerajaan.
Mesti ada yang tertanya siapakah yang layak untuk menerima BKM Tambahan serta bilakah tarikh bayaran ini mula dilaksanakan ? Di bawah kami akan kongsikan lebih terperinci mengenai Bantuan Tambahan yang disediakan oleh kerajaan.
Anda mungkin berminat dengan artikel yang kami sediakan di bawah ini :
- Permohonan Bantuan Kewangan JKM RM500 Bagi Warga Emas Tahun 2022 ~ Mohon Sekarang !
- Bantuan 1 Keluarga Sehingga RM900 Mula Dikreditkan Pada Hari Esok ~ Semak Sekarang !
- Bantuan Khas Merdeka RM700 & RM350 Untuk Rakyat Malaysia ~ Semak Sekarang !
KADAR BANTUAN TAMBAHAN
Bantuan TMbahan ini hanya diberikan kepada penerima kategori Isi Rumah dengan kadar bantuan yang diberikan sebanyak :
- RM500 bagi kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak dengan menepati syarat
- RM300 pula adalah untuk bagi kategoru isi rumah yang berstatus warga emas dengan mempunyai anak yang menepati syarat
SEMAK KELAYAKAN BKM TAMBAHAN RM500
Untuk semakan kekayakan BKM Tambahan ini boleh dibuat melalui secara online menerusi Khas Bantuan Keluarga Malaysia (BKM). Berikut merupakan cara untuk membuat semakan kelayakan BKM Tambahan :
- Log masuk di
- Anda perlu masukkan nombor kad pengenalan dan klik semak
- Seterusnya , sila sahkan kata kunci keselamatan anda dengan klik YA jika betul
- Sila masukkan kata laluan yang telah didaftarkan dan klik log masuk
- Klik pada bahagian klik semakan status untuk semak status permohonan
- Status permohonan akan dipaparkan
Jika anda lihat tiada zebarang maklumat BKM Tambahan yang dipaparkan pada laman semakan , ini bermakna anda tidak layak untuk menerima Bantuan Tambahan RM500 bagi tahun 2022.
TARIKH PEMBAYARAN
1.Fasa 1 : 28 Mac 2022
2.Fasa 2 : 27 Jun 2022
3.Fasa 3 : September 2022
4.Fasa 4 : Disember 2022
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan BKM Tambahan , anda boleh terus rujuk di laman sesawang BKM https://bkm.hasil.gov.my/ ataupun hubungi BKK LHDNM di talian hotline 1-800-88-2747.