Bantuan Skim Khairat Kematian Di Bawah Pakej Kita Selangor 2.0 Sebanyak RM1000

Kongsi

Untitled 1

 KUALA LUMPUR : Kerajaan besar negeri Selangor iaitu Datuk Seri Amirudin Shari telah membuat peruntukan sebanyak RM1.5 Juta melalui Pakej Kita Selangor 2.0 untuk membantu rakyat yang meninggal dunia disebabkan penyakit Covid-19.


Untuk pengetahuan anda semua , Bantuan Skim Khairat yang diperkenalkan di bawah Pakej Kita Selangor 2.0 akan diberikan kepada waris mangsa sebanyak RM1000 ” katanya Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan rasmi.

Menteri Besar Negeri Selangor , Datuk Seri Amirudin Shari juga telah menyatakan bantuan Skim Khairat Kematian ini boleh dilakukan pada 12 Julai sehingga 12 Ogos 2021 melalui laman web rasmi www.selangorprihatin.com .

Tambahan pula, dalam inisiatif yang diperkenalkan ini diharapkan dapat mengurangkan beban waris mangsa yang telah hilang orang yang tersayang.

Bagi syarat kelayakan pula , selain warganegara antara syarat yang diperlukan adalah pemohon mestilah orang yang terdekat dan si mati merupakan kelahiran di Selangor dan menetap di Negeri Selangor selama 10 tahun.

Seterusnya , si mati juga meninggal dunia yang telah disahkan positif Covid-19 oleh hospital ataupun klinik kesihatan kerajaan yang dinyatakan secara jelas dalam surat kematian yang telah diberikan.

Akhir sekali , si mati meninggal dunia pada tahun ini dan ke atas serta terhad kepada satu pemohon bagi satu keluarga.

Sumber : Astro Awani 

Leave a Comment