Bantuan Khas Aidiladha RM500 Dikeditkan Mulai 14 Jun 2024

Kongsi

Seperti yang kita tahu , dalam masa beberapa hari lagi kita akan meraihkan sambutan perayaan Hari Raya Aidiladha 1445H . Sudah pasti dengan perayaan ini ramai dikalangan rakyat akan bergegas – geas untuk pulang ke kampung halaman untuk menyambut bersama keluarga yang tersayang.

Dengan menyambut perayaan yang tidak lagi lagi ini sudah tentu kita perlu mengeluarkan duit untuk membuat persiapan lebih awal untuk membuat sambutan tersebut.

Walaubagaimanapun , bagi sesetengah rakyat yang memerlukan wang tunai untuk membuat persediaan dalam sepanjang sambutan hari raya Aidiladha ini. Oleh itu , kerajaan telah menyediakan bantuan kewangan ini untuk diberikan kepada mereka yang memerlukan agar dapat membuat persiapan dengan lebih teratur.

Baca juga : Permohonan Bantuan e-Wallet RM300 Untuk Perbelanjaan Barangan Dapur Tahun 2024

BANTUAN KHAS MAIWP RM500

Pada baru – baru ini sahaja , Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri ( Hal Ehwal Agama ) iaitu dikenali sebagai Datuk Mohd Na’im Mokthar telah mengugumkan bahawa sebelum menjelangnya hari perayaan Aidiladha ini , pihak Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP ) telah bersetuju untuk memberikan bantuan kewangan kepada asnaf yang layak sahaja melalui Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur , Putrajaya dan Labuan.

SENARAI KATEGORI PENERIMA BANTUAN KHAS RM500

Berikut adalah merupakan senarai kategori yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan ( MAIWP ) :

I. Miskin

  • Mempunyai pekerjaan yang dapat membuat perbelanjaan asasinya sahaja tetapi tidak cukup untuk menampung perbelanjaan kehidupan seharian ataupun tanggungan yang perlu di tanggung

II. Fakir

  • Seseorang yang tidak mempunyai sebarang sumber pendapatan ataupun pekerajaan yang tidak capai 50 peratus untuk menanggung kehidupan seharian

III. Al Riqab

  • Merdekakan bagi golongan – golongan yang beragama Islam daripada penaklukan sama ada daripada segi fizikal mahupun mental

JUMLAH BANTUAN

Berita baik untuk anda semua , jumlah bantuan yang akan diberikan ini adalah sebanyak RM500 bagi setiap penerima yang layak . Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) juga telah menetapkan kadar bantuan tersebut.

Dengan pemberian bantuan ini juga dijangkakan akan memanfaatkan seramai 32,000 penerima yang terdiri daripada golongan Fakir , Miskin , Muallaf dan Al Riqab.

TARIKH PEMBAYARAN

Mungkin ada yang tertanya – tanya dengan tarikh bayaran yang akan diberikan . Oleh itu , tarikh bayaran ini telahpun dikeluarkan dan dijangkakan akan dibayar selewatnya pada 14 Jun 2024 yang tertulis pada kenyataan Menteri.

Hal ini bermaksud , para asnaf yang layak boleh membuat persiapan lebih awal untuk sambutan hari perayaan Aidiladha yang tidak lama lagi.

MANFAAT BANTUAN MAIWP RM500

Pihak MAIWP juga berharap dengan pemberian bantuan kewangan khas ini dapat meringankan serba sedikit bagi para asnaf dalam membuat perbelanjaan untuk menyambut perayaan tersebut. Selain itu , wang zakat yang dibayar oleh pembayar zakat menerusi Pusat Pungutan Zakat (PPZ) ini akan mendapat keberkatan dripada Allah S.W.T .