Berita baik untuk semua khususnya kepada golongan warga emas, kerajaan telah menyediakan bantuan kewangan kepada mereka yang telah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Salah satu tujuan ini diberikan adalah untuk memastikan dapat membantu rakyat dalam membuat perbelanjaan bulanan.
BANTUAN WARGA EMAS
Bantuan ini dikenali sebagai Bantuan Warga Emas ( BWE ) adalah untuk membantu golongan tersebut meneruskan kelangsungan hidup dalam keadaan kesejahteraan hidup. Jumlah bantuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM500 bagi setiap individu yang layak.
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk terima bantuan kewangan bulanan tersebut :
- Status warganegara Malaysia
- Warga Emas yang berumur 60 tahun dan ke atas
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) Purata Miskin Isi Rumah Semasa
- Warga emas yang bukan tinggal di Institusi kendalian JKM ataupun Pusat jagaan harian
JUMLAH BANTUAN
Bantuan (BWE) adalah sebanyak RM500 yang akan disalurkan setiap bulan bagi setiap penerima yang layak.
CARA MEMBUAT PERMOHONAN
Anda perlu membuat permohonan dengan secara atas talian dengan melalui laman web portal rasmi di https://ebantuanjkm.jkm.gov.my/spbk/login.jsp .
Selain itu , borang permohonan juga anda boleh dapatkan di laman web portal rasmi JKM ataupun anda boleh dapatkan dengan muat turun di :
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bantuan Kewangan Bulanan , anda boleh terus layari di laman rasmi berikut https://manfaat.mof.gov.my/b2024/individu/bwe .