Berita baik untuk semua daripada kerajaan kerana bayaran bantuan kewangan berjumlah RM800 yang bakal diberikan kepada penerima yang layak selama 4 bulan yang akan dimulai tidak lama lagi.
Mesti ada yang mengajukan pertanyaan bantuan apakah yang diberikan sedemikian. Bantuan yang diterangkan seperti adalah Bantun Musim Tengkujuh (BMT) di mana bayaran ini merupakan bantuan tahunan.
PERINCIAN BANTUAN BMT
Bantuan Musim Tengkujuh adalah merupakan bantuan tahunan yang diberikan kepada pekebun – pekebun kecil yang memenuhi syarat kelayakan yang diperlukan. Bantuan BMT ini juga telah dinaikkan bagi tahun ini oleh pihak kerajaan.
Tujuan salah satu bantuan ini diberikan adalah untuk sentiasa kengambil berat serta memelihara kebajikan pekebun kecil dan akan memantau agar tiada sebarang pekebun kecil yang tercicir daripada terima bantuan kewangan tersebut.
KENAIKKAN BANTUAN BMT
Bermula sahaja pada tahun ini iaitu 2023 jumlah bantuan BMT telah dinaikkan kepada RM800 berbanding dengan tahun – tahun sebelum ini hanya diberikan sebanyak RM600 sahaja untuk penerima yang layak.
Salah satu Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) ini dinaikkan oleh kerajaan adalah untuk meringankan sedikit beban para pekebun yang terkesan akibat musim tengkujuh yang melanda di negara kita.
TARIKH PEMBAYARAN
Pengetahuan anda semua , pembayaran bagi bantuan BMT ini akan melibatkan secara berfasa iaitu tempoh 4 bulan bermula pada
- November 2023
- Disember 2023
- Januari 2024
- Februari 2024
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan BMT , anda boleh terus layari laman web portal rasmi di https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/bmt-risda.html .