Bantuan Barangan Dapur RM300 Setiap Bulan Untuk Golongan B40

Kongsi

Seperti yang kita tahu , pelbagai jenis bantuan kewangan yang telah disalurkan pada tahun ini untuk diberikan kepada rakyat yang memerlukan. Antara salah satu yang disalurkan adalah bantuan keperluan asas seperti barangan dapur.

Bantuan e-wallet sebanyak RM300 yang akan disalurkan setiap bulan kepada rakyat yang layak khususnya bagi mereka yang terdiri daripada golongan B40.

Baca juga : Bantuan STR Fasa 3 Tahun 2024 : Semakan Status & Kadar Bayaran

APAKAH MAKSUD BINGKAS?

BINGKAS ataupun nama panjang yang dikenali sebagai Bantuan Kehidupan Sejahtera (BINGKAS) adalah salah satu bantuan barangan dapur yang telah diumumkan oleh Menteri Besar Selangor dan program itu juga telah mula dilaksanakan pada tahun 2022 lagi.

Tujuan utama kerajaan negeri selangor menyediakan bantuan barangan dapur kepada rakyat yang terdiri daripada golongan B40 adalah untuk sentiasa meringankan sedikit beban ketua keluarga dengan menyalurkan bantuan bulanan sebanyak RM300.

JUMLAH BANTUAN

Kadar keseluruhan bagi bantuan barangan dapur ini dalam setahun adalah sebanyak RM3,600 tetapi akan dikreditkan secara setiap bulan dengan melibatkan jumlah bayaran setiap bulan adalah RM300.

SYARAT KELAYAKAN BINGKAS

Berikut adalah merupakan syarat yang diperlukan bagi bantuan barangan dapur :

  • Warganegara Malaysia
  • Pemilih yang berdaftar di Malaysia
  • Penerima merupakan lahir serta menetap di Selangor dengan melebihi 10 tahun
  • Mempunyai tanggungan dengan berusia 18 tahun ke bawah
  • Pendapatan bulanan di bawah RM3,000

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan barangan dapur (BINGKAS) , anda boleh terus layari portal rasmi di https://bingkasselangor.com/.