Bantuan Barangan Dapur BINGKAS RM300 Untuk Penerima Yang Layak

Kongsi

Bantuan yang akan dikongsikan pada kali ini adalah mengenai bantuan barangan dapur yang akan diberikan sebanyak RM300 kepada penerima yang layak.

Bantuan ini dikenali sebagai program BINGKAS yang akan diberikan setiap bulan untuk rakyat yang layak sahaja.

Baca juga : Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 3 Tahun 2024

PERINCIAN BINGKAS

Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor ataupun dikenali sebagai BINGKAS ini adalah salah satu bantuan berjumlah RM300 yang akan diberikan melalui e-wallet untuk setiap bulan kepada penerima yang layak untuk meeingankan sedikit beban dalam membuat perbelanjaan barangan dapur.

Dalam masa yang sama , bantuan ini telah diberikan kepada seramai 30000 keluarga yang merupakan penduduk tetap di negeri Selangor.

MANFAAT BINGKAS

Berikut adalah merupakan manfaat yang akan diterima oleh penerima yang layak.

  • Urusniaga pembelian boleh dilaksanakan secara tanpa tunai
  • E-Wallet BINGKAS secara automatik akan dikreditkan untuk setiap bulan
  • e-Wallet BINGKAS boleh diguna pakai di kedai mahupun pasaraya yang telah berdaftar
  • Had untuk membuat perbelanjaan sebulan adalah sebanyak RM300 sahaja

JUMLAH BANTUAN

Untuk makluman anda semua , jumlah bantuan barangan dapur ini adalah sebanyak RM3,600 bagi setahun tetapi akan dilaksanakan secara bulanan iaitu dengan bayaran sebanyak RM300 bagi setiap keluarga yang layak.

SYARAT KELAYAKAN

Berikut adalah syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk bantuan BINGKAS :

  • Mestilah wargnegara Malaysia
  • Lahir di negeri Selanfor serta menetap melebihi 10 tahun
  • Keluarga yang mempunyai tanggungan dengan usia di bawah 18 tahun
  • Pendapatan isi rumah mestilah di bawah RM3,000 untuk setiap bulan
  • Bayaran ini akan dilaksanakan setiap bulan dan akan dikreditkan ke dalam akaun e-wallet penerima

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan barangan dapur BINGKAS ini , anda boleh terus rujuk melalui laman web portal rasmi di https://www.bingkasselangor.com/ .

Leave a Comment