Tarikh Dan Jumlah Bayaran Bantuan STR Fasa 3 Tahun 2024

Perkongsian maklumat pada kali ini mengenai jumlah dan tarikh pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi fasa 3 tahun ini. Seperti yang kita tahu , STR fasa 2 telahpun dikreditkan ke dalam akaun penerima masing – masing pada 3 April 2024.

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) adalah merupakan sebuah bantuan yang akan dilaksanakan dengan secara berfasa iaitu mempunyi 4 fasa dalam masa tempoh setahun untuk dilaksanakan oleh kerajaan.

Baca juga : Bantuan RM100 Untuk Golongan Bujang Bagi Tahun 2024

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

Pada pembentangan bajet belanjawan yang diadakan pada sebelum ini , kerajaan telah menambah baik dengan meningkatkan jumlah bantuan melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

STR FASA 3

Pembayaran STR Fasa 2 telahpun berjaya dikreditkan ke dalam akaun penerima pada 3 April 2024 yang lepas. Sudah pasti daripada sebahagian wang yang diberikan oleh kerajaan tersebut akan diguna pakai untuk membuat persiapan sempena menjelangnya sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Seterusnya , kerajaan akan lebih fokus pada bayaran STR fasa 3 yang dijangkakan dikreditkan dalam 2 hingga 4 bulan kedelannya.

JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI

Untuk makluman anda semua , buat masa sekarang tiada lagi sebarang maklumat rasmi daripada kerajaan mengenai jumlah bayaran STR fasa 3 kerana ia masih awal lagi untuk diumumkan.

Walaubgaiamanapun , jika kita lihat pada bayaran sebelum ini STR Fasa 3 2023 bayaran tertinggi adalah sebanyak RM800 manakala bayaran yang terendah adalah sebanyaK RM100 untuk kategori bujang.

TARIKH BAYARAN

Bayaran STR Fasa 3 bagi tahun 2023 telah dilaksanakan sebelum meyambut hari perayaan Aidiladha iaitu pada 26 Jun 2023.

Tahun ini pula , kita tidak tahu adakah kerajaan akan kreditkan sebelum menyambut hari perayaan Aidiladha ataupun selepasnya. Sekiranya jadual ikut pada tahun lepas maka bayaran STR Fasa 3 akan dilaksanak pada bulan Jun ini.

CARA BAYARAN

Pembayaran ini akan terus dikreditkan ke dalam akaun penerima masing – masing dengan syarat akaun bank telah didaftarkan ataupun pergi ke kaunter Bank Simpan Nasional (BSN) untuk terima bantuan secara tunai bagi mereka yang tidak mempunyai akaun bank ataupun mereka yang mempunyai masalah akaun bank.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *