Untuk pengetahuan anda semua , terdapat satu bantuan kerajaan yang telah dilaksanakan untuk diberikan kepada rakyat yang berkelayakan. Perkara ini merujuk kepada keprihatinan kerajaan Malaysia terhadap rakyatnya yang kurang mampu.
Sebarang maklumat berkenaan bantuan diberikan , anda perlu membaca artikel ini sehingga habis .
BANTUAN BARANGAN ASAS
Seperti yang kita lihat , Perdana Menteri telah membuat penguguman melalui pakej Bantuan Banjir Keluarga Malaysia untuk membantu golongan yang terjejas dengan banjir pada Disember bagi tahun 2021.
KADAR BANTUAN
Bantuan yang diberikan akan disalurkan kepada setiap Ketua Isi Rumah (KIR) dengan jumlah bantuan sebanyak
- RM2,500
SYARAT KELAYAKAN
Berikut adalah merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk menerima Bantuan Barangan Asas seperti :
- Unit rumah anda telah ditenggelami air
- Premis perniagaan
- Unit rumah yang mempunyai berbilang tingkat seperti flat tidak terjejas
CARA PEMBAYARAN
Kaedah pembayaran ini akan dilaksanakan melalui 2 cara iaitu
- Pembayaran secara automatik ke dalam akaun bank
- Pembayaran secara tunai
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) serta Unit Penyelarasan Perlaksanaan Jabatan Perdana Menteri ( JPM) adalah merupakan badan perlaksana yang telah terlibat dengan Bantuan Barangan Asas ini.
Bagi perlaksanaan Bantuan Barangan Asas akan dikendalikan oleh Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB) mengikut daerah masing – masing.
CARA MOHON
Di bawah kami akan kongsikan langkah-langkah untuk membuat permohonan Bantuan Barangan Asas
- Hubungis serta berikan data KIR kepada Pusat Kawalan Operasi Banjir (PKOB)
- Penerima yang layak akan diberikan pengesahan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD)
- Senarai penerima akan dikemukakan ICU JPM
Kalau gaji ketua keluarga RM2,600 tapi tanggungan 10 orang…macam mana ya?ketua keluarga pulak dah x sihat mana utk buat kerja sambilan macam orang lain?
Sampai sekarang 22/4/2022 x dapat ² bantuan banjir rm 2500