KUALA LUMPUR : Melalui akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan kebenaran untuk memenuhi kelangsungan rakyat di Malaysia.
Menerusi kenyataan Ketua Pemuda Umno , Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki telah berkata bahawa melalui akta KWSP di bawah seksyen 54 memberikan kebenaran untuk rakyat membuat pengeluaran dalam meneruskan kehidupan seharian lebih-lebih lagi yang terkesan dengan pandemik Covid-19.
Beliau juga telah berkata dalam kesan pandemik Covid-19 , “ramai yang tidak dapat bulanan kereta dan motor sehingga ditarik serta merta , dihalau dariapda rumah sewa kerana tidak mampu untuk membawa sewa dan juga hutang yang dikelilingi tidak mampu dibayar balek”.
“Ramai juga dikalangan rakyat yang kehilangan sumber pendapatan disebabkan diberhentikan pekerjaan , diberikan notis cuti tanpa gaji”. Mereka yang diberikan bantuan daripada kerajaan pada sesetengah kelompok rakyat pun tidak mencukupi”.
Tambahan pula , perkara diatas adalah merujuk kepada golongan 6.83 juta pencarum yang mempunyai wang simpanan pada KWSP yang melebihi RM10,000 malahan ada yang mempunyai simpanan sehingga ratusan ribu.
“Lebih utamakan lagi mengelakkan daripada darurat besar yang bakal dihadapi oleh rakyat hari inidengan mengambil mudarat kecil iaitu dengan membenarkan pengelauran untuk kali terakhir wang KWSP simpanan hari tua demi kelangsungan buat masa kini” Ujarnya dalam satu kenyataan rasmi.
Ble nak start klua
Btl tu lagi nak bk sklh ,nak raya
Harap dapat keluarkan 10k
Nak raya nak bayar utang sewa rumah lagi dah lah kena berhenti kerja
Harap dapat lah keluarkan 10k Sya dah lama tak ada kerja dah 7 tahun mkn pun susah lagi kena bayar itu ini harap2 kerajaan dpt ringankan beban kami
Bla blh keluar 10 k
Yer btol tu tolong lah keluarkan lagi rm10000 One off utk bayar segala hutang2 dan persekolahan ank2 dah 6thon xde kerja ni???