Akta KWSP Memberikan Kebenaran Untuk Membuat Pengeluaran Demi Kelangsungan Kehidupan Seharian

Kongsi

AVvXsEhRN12ZndkGOpeF1HYA G4RFEK4LQCqYpgWPfYVBvSQz2CXFi69I3N9mMQmtVmeRZyyZjrewDSoEwVq9ZI8BJHjM4bl2JjfwaFLz s NM 1r9XH4lTFd nbxZHOTpCh4YKeJIFaRIz rF9nCAm7PBFiA3KD5HjaxvY3jZlVuyno9IctqS7gZkd7DNvr=w640 h384

KUALA LUMPUR : Melalui akta Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memberikan kebenaran untuk memenuhi kelangsungan rakyat di Malaysia.


Menerusi kenyataan Ketua Pemuda Umno , Datuk Dr.Asyraf Wajdi Dusuki telah berkata bahawa melalui akta KWSP di bawah seksyen 54 memberikan kebenaran untuk rakyat membuat pengeluaran dalam meneruskan kehidupan seharian lebih-lebih lagi yang terkesan dengan pandemik Covid-19.

Beliau juga telah berkata dalam kesan pandemik Covid-19 , “ramai yang tidak dapat bulanan kereta dan motor sehingga ditarik serta merta , dihalau dariapda rumah sewa kerana tidak mampu untuk membawa sewa dan juga hutang yang dikelilingi tidak mampu dibayar balek”.

“Ramai juga dikalangan rakyat yang kehilangan sumber pendapatan disebabkan diberhentikan pekerjaan , diberikan notis cuti tanpa gaji”. Mereka yang diberikan bantuan daripada kerajaan pada sesetengah kelompok rakyat pun tidak mencukupi”.

Tambahan pula , perkara diatas adalah merujuk kepada golongan 6.83 juta pencarum yang mempunyai wang simpanan pada KWSP yang melebihi RM10,000 malahan ada yang mempunyai simpanan sehingga ratusan ribu.

“Lebih utamakan lagi mengelakkan daripada darurat besar yang bakal dihadapi oleh rakyat hari inidengan mengambil mudarat kecil iaitu dengan membenarkan pengelauran untuk kali terakhir wang KWSP simpanan hari tua demi kelangsungan buat masa kini” Ujarnya dalam satu kenyataan rasmi.

6 thoughts on “Akta KWSP Memberikan Kebenaran Untuk Membuat Pengeluaran Demi Kelangsungan Kehidupan Seharian”

Leave a Comment