4 Jenis Pengeluaran Wang KWSP Yang Dibenarkan Oleh Pihak KWSP Bagi Tahun 2023

Kongsi
Untitled 1

Berita baik kepada anda semua , pihak kerajaan telah membenarkan setiap pencarum untuk pengeluaran KWSP melalui 4 pengeluaran yang disediakan. Walaupun bukan itu yang kita mahukan sekarang tetapi perkara ini juga dapat meringankan serba sedikit beban. 


Seperti yang kita tahu , rakyat masih berjuang untuk menyuarakan berkenaan Pengeluaran Khas KWSP 2.0 agar dapat meringankan kehidupan seharian mereka lebih – lebih lagi membuat persiapan sambutan hari raya yang akan menjelang tidak lama lagi.

Kami akan kongsikan di bawah maklumat yang lebih terperinci mengenai 4 pengeluaran KWSP yang dibeanrkan oleh pihak kerajaan.

4 PENGELUARAN KWSP

Mesti ramai yang akan tertanya – tanya pengeluaran jenis apa yang dibenarkan oleh KWSP? di sini kami akan kongsikan dengan lebih terperinci.

4 jenis pengeluaran KWSP ini perlu menggunakan Akaun 2 sahaja dengan tunjuan yang tertentu . Oleh itu , anda boleh membuat pengeluaran KWSP dengan menggunakan Akaun 2.

1. PENGELUARAN UNTUK PEMBIAYAAN PENDIDIKAN

Setiap pencarum dibenarkan untuk membuat pengeluaran pembiayaan seperti untuk membuat bayaran yuran kolej.

Jika anda mempunyai anak – anak yang melanjutkan pelajaran diperingkat Universiti , anda dapat menampung yuran mereka dengan menggunakan duit pengeluaran KWSP yang dibuat melalui simpanan Akaun 2.

2. PENGELUARAN UNTUK IBADAH HAJI

Perkara ini juga sangat memberikan manfaat kepada pencarum – pencarum yang ingin menunaikan ibadah haji. KWSP telah membenarkan pencarum untuk membuat pengeluaran dengan menggunakan simpanan Akaun 2 KWSP.

Tujuan pengeluaran ini dibenarkan adalah untuk mengurangkan kos pencarum yang ingin menunaikan ibadah haji. Pengeluaran tersebut adalah untuk perbelanjaan haji serta tujuan daftar haji dengan Lembaga Tabung Haji.

3. PENGELUARAN UNTUK MEMBELI RUMAH

Selain daripada membuat pengeluaran KWSP untuk ibadah haji , anda juga boleh membuat pengeluaran KWSP dengan membeli rumah pertama .

Berikut adalah senarai yang dibenarkan untuk membuat pengeluaran KWSP dengan membeli rumah pertama

  • Rumah Subsale
  • Pembelian Rumah Lelong
  • Pembinaan Rumah Sendiri
  • Pembelian Rumah Mesra Rakyat (RMM)

4. PENGELUARAN UNTUK RAWATAN PERUBATAN

Sekiranya , pencarum menghidapi salah satu 36 jenis penyakit kritikal , KWSP membenarkan pencarum tersebut untuk memuat pengeluaran melalui simpanan akaun 2 agar dapat menampung segala kos perubatan.

Rujuk sini – https://www.kwsp.gov.my/ms/member/withdrawals/partial/health

Leave a Comment