Bantuan SARA RM100 Dibayar Setiap Bulan Melalui MyKAD

Kongsi
Untitled 1

Berita baik untuk semua penerima STR kerana Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan kepada 700 ribu penerima yang layak dengan terima bantuan sebanyak RM100 setiap bulan untuk tempoh selama 12 bulan bagi membuat barangan keperluan asas seperti barangan dapur di kedai runcit mahupun pasar raya yang telah ditetapkan.



Makluman untuk anda semua , seramai 200,000 penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang telah menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM600. Persana Menteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifarkan bantuan tersebut dapat meringankan sedikit beban penerima untuk membeli barangan keperluan asas.



BANTUAN SARA

Semasa pembentangan bajet Belanjawan Madani 2023 diadakan secara langsung , isi rumah dengan lima anak ataupun tiga anak dan kadar tambahan yang penting iaitu bagi miskin tegar akan terima bantuan tambahan SARA sebanyaj RM600.

Jika dibandingkan dengan Belanjawan 2024 ini , kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan kepada 700,000 penerima STR dengan melaksanakan pembayaran RM100 sebulan dengan tempoh masa untuk 12 bulan melalui bayaran MyKad.

Pengetahuan untuk semua , kadar tambahan STR yang berjumlah sebanyak RM600 adalah khas untuk penerima isi rumah yang telah dikenal pasti yang berada dalam kelompok miskin tegar.

AVvXsEiTzt2IWn6 U3WggmqpGibH6 kX6 fzwhpN3rlbUcmA p0BWU5Z9ktAZ1SC 0AU1mJAd379IOAhAWBj24q2tmfziBliPOjSdU3yTL0jZyJnpTHuLuECfFzZzeFyuunSqY wUMuD1tCD73PoutBHg gtq20HSFkAIfZuKqDPSZDQqZdoiG965Be8dSaEfM=w640 h346

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan untuk terima bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :

  • Penerima isi rumah yang telah direkodkan sebagai miskin tegar dan tersenarai dalam data eKasih
  • Pendapatan isi rumah tidak melebihi PGK Miskin Tegar RM1,169 berdasaekan semakan silang agensi pendapatan

TARIKH BAYARAN 

Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2023 telah dikreditkan ke dalam MyKad pada 17 Julai 2023 yang lepas. Bantuan SARA ini akan dibayar setiap bulan dalam tempoh 6 bulan bermula Julai sehingga Disember 2023.

Tetapi bagi bantuan SARA 2024 pula akan diberikan sebanyak RM100 sebulan dalam masa tempoh 12 bulan. Oleh itu , bantuan ini sudah pasti dapat membantu sedikit rakyat yang terjejas untuk membuat pembelian barangan asas.

AVvXsEitbDP Eg yfnBpXAmt8XMx2Bzuqs4hX47VSYS4aAe fHaHoFxHRj1K8m C7uX rlaaYbJw 2Zf1x mfzyh4tcw8d7EMopxBxOSXXtMHpQKTTUeTWGjIdjDvLrhRTF66pHG3XP7Qts0cjSqRWlIh4Y76yYg34EkYxKHERQMSm9870y1Wv8tmJtwabU7TWg=w640 h640

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) , anda boleh terus layari laman web portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .

Leave a Comment