Kategori Yang Perlu Membuat Permohonan Baharu STR 2024

Pada pembentangan bajet belanjawan 2024 yang diadakan baru – baru ini , kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2024 dengan menambah baik di mana kadar bayaran maksimum adalah sehingga RM3,700.



Tujuan inisiatif kerajaan diberikan kepada rakyat yang memerlukan adalah untuk membantu serba sedikit dari segi kewangan untuk membeli barangan keperluan harian mereka seperti barangan dapur. Pembayaran bantuan ini akan dilaksanakan secara berfasa seperti mana dengan bantuan sebelum ini.


SIAPAKAH YANG PERLU MEMBUAT PERMOHONAN BAHARU?

Seperti yang kita tahu , proses permohonan baharu kini telah dibuka pada 1 November yang lepas setelah diumumkan oleh kerajaan. Permohonan baharu ini pula adalah khas untuk mereka yang belum pernah memohon dan menerim STR sebelum ini.

SENARAI KATEGORI YANG LAYAK MOHON

Berikut adalah merupakan sensrai kategori yang layak untuk membuat permohonan baharu :
  • Isi rumah yang berkahwin dengan mempunyai pendapatan di bawah RM5,000
  • Warga emas sebatang kara berpendapatan di bawah RM5,000
  • Individu bujang berumur 21 – 59 tahun berpendapatan di bawah RM2,500
  • Individu bujang OKU berumur 19 – 59 tahun berpendapatan di bawah RM2,500

CARA MOHON

Untuk pengetahuan anda semua , terdapat 2 kaedah untuk membuat permohonan STR bagi tahun 2024 :

1) Permohonan secara atas talian
  • Layari laman web portal rasmi STR di https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  • Aplikasi STR ini boleh didapatkan melalui telefon pintar yang terdapat pada Appstore atau Google Play Store yang boleh dimuat turun
2) Permohonan manual di kaunter Pejabat LHDNM
  • Memuat turun borang permohonan serta mengisinya dengan lengkap. Borang permohonan boleh dimuat turun – DISINI
  • Seterusnya , setelah selesai mengisi borang dengan lengkap dan tepat anda boleh terus menghantar borang yang lengkap diisi di kaunter LHDNM / Pejabat Satelit (PS) / Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM yang berdekatan dengan tempat tinggal anda

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai permohonan baharu STR , anda boleh terus layari laman web portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave A Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *