Cara Untuk Membuat Tebusan Telefon Pintar & Data Internet Percuma

Kongsi

Untitled 1


 

Adakah anda semua masih ingat berkenaan Program Jaringan Prihatin untuk golongan B40 yang telah diumumkan pada Belanjawan 2021 yang lepas? Kerajaan telah menyediakan pakej berbentuk bantuan sebanyak RM300 bagi yang membeli peranti baru dan RM180 untuk melanggan data bulanan daripada syarikat telekomunikasi seperti Digi , Celcom , Maxis serta Umobile. 


Program Jaringan Prihatin ini dilaksanakan adalah bertujuan untuk membantu golongan B40 dalam membeli telefon pintar serta melanggan data. Program ini memberi manfaat kepada 8.5 juta rakyat serta melibatkan peruntukan sebanyak RM3.5 Bilion dalam menjayakan program tersebut. 

KELAYAKAN 

Sebanyak 8.4 juta penerima bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) layak untuk memohon program jaringan prihatin. Manfaat yang akan dimiliki oleh penerima Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) adalah berbentuk perkhidmatan data internet ataupun pembelian telefon pintar. 

2 KATEGORI UNTUK GOLONGAN B40

  • Mempunyai anak : RM300 untuk Bantuan Pakej Peranti ataupun RM180 Bantuan Pelan Data Bulanan untuk 12 bulan. 
  • Tidak mempunyai anak : RM180 untuk Bantuan Pakej Peranti ataupun RM180 Bantuan Pelan Data Bulanan untuk 12 bulan. 

image

TARIKH PENDAFTARAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN 

  • 5 Mei – 31 Julai 2021 

CARA MEMBUAT TEBUSAN PROGRAM JARINGAN PRIHATIN 

  • Pertama sekali sila buat semakan anda melalui laman web rasmi BPR : https://bpr.hasil.gov.my/
  • Seterusnya , daftar sebagai pelanggan di mana-mana syarikat komunikasi dalam mengambil bahagian (rujuk senarai syarikat komunikasi di bawah) 
  • Buat keputusan sama ada ingin memilih pakej tersebut 
  • Pembelian pelan data internet bulanan 
  • Pembelian peranti baharu 
  • Tahniah ! , anda sudah boleh menikmati data secara percuma yang telah ditawarkan  

image

Sekiranya anda ingin menikmati manfaat yang telah disediakan di atas , anda perlu membuat pendaftaran dengan syarikat telekomunikasi di bawah : 

Digi : https://digi.my/prihatin⠀

Celcom : https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin⠀

Maxis : https://www.maxis.com.my/jaringanprihatin⠀ 

Umobile : u.com.my/jaringanprihatin⠀

Mcalss : https://mcalls.asia/jaringanprihatin⠀

Tunetalk : https://www.tunetalk.com/my/en/jaringanprihatin⠀

speakOUT : https://speakout.asia/jaringanprihatin⠀

RedOne :  https://www.redone.com.my/promotion/bpr⠀ 

Unifi Mobile : www.unifi.com.my/jaringanprihatin⠀

XOX Mobile : https://xox.com.my/jaringan-prihatin-en⠀

YES : https://www.yes.my/kasiupB40⠀

Yoodo : www.yoodo.com.my/jaringanprihatin 

5 thoughts on “Cara Untuk Membuat Tebusan Telefon Pintar & Data Internet Percuma”

Leave a Comment