Permohonan Skim Rumah Mesra Kepada Keluarga Yang Terjejas Serendah RM300 Sebulan

Kongsi

AVvXsEhLTf2L0YE7g fkR2UOozuZ5Dlw tdWJ89wv2XiE210uzucuej vivmMuojsRy3UeiavnC6TMVHeWaRhtx28Om07z fGpIEx9r mKowqCtfPs Jf1nxmi U4ap22qeR07jo8XFC7q1L4 Ztj2eWeZR9R M6A1wXzuKWpVd6O2JG3TFQ1xE tofSYxuL=w640 h384


 

Untuk pengetahuan anda semua , Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) adalah merupakan salah satu sebuah syarikat yang dimiliki oleh Menteri Kewangan Diperbadanan (MOF Inc) yang telah membuat tawaran Skim Rumah Mesra Rakyat (PMR).


PERINCIAN RUMAH MESRA RAKYAT (PMR)

Program Rumah Mesra Rakyat (PMR) dilaksanakan adalah untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah seperti petani , nelayan serta keluarga miskin yang tidak mempunyai tempat tinggal ataupun rumah usang ttetapi mempunyai tanah sendiri untuk membina rumah sendiri yang menarik dan selesa.

Dalam perbincangan , bantuan ini akan disalurkan dalam berbentuk subsidi pembinaan sehingga RM20,000 .

SENARAI HARGA RUMAH DAN REKA BENTUK

Berikut adalah merupakan senarai harga rumah serta reka bentuk yang akan ditawarkan :

1. Keluasan Rumah 1,000 KPS (Semenanjung)

  • Harga : RM75,000
  • Subsidi Pembinaan : RM20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM55,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan Selama 16 Tahun : RM300 Sebulan
2. Keluasan Rumah 850 KPS (Pulau Di Semenanjung)
  • Harga : RM85,000
  • Subsidi Pembinaaan : RM20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM65,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan Selama 16 Tahun : RM350 Sebulan
3. Keluasan Rumah 750 KPS (Sabah/Sarawak/Labuan)
  • Harga : RM75,000 – RM106,000
  • Subsidi Pembinaan : RM20,000
  • Jumlah Pinjaman : RM55,000 – RM86,000
  • Anggaran Bayaran Bulanan Selama 16 Tahun : RM300 – RM470 Sebulan
image

image

image

image

image

image

SYARAT KELAYAKAN

Jika anda berminat untuk membuat permohonan subsidi pembinaan , sila ikut syarat kelayakan diperlukan seperti : 

  • Mestilah warnganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Pendapatan isi rumah hendaklah tidak melebih RM3000
  • Pemohonan tidak mempunyai rumah sendiri ataupun rumah usang yang tidak sempurna
  • Tanah/tapak yang bersesuaian dan bebas darpada gadian. Seandainay pemohon itu bukan pemilik tanah, pemohon perlu meminta kebenaran daripada pemilik tersebut.
  • Keluasan tanah hendaklah tidak kurang dariapda 3,600 KPS tertakluk kepada reka bentuk

CARA MOHON

Berikut adalah merupakan cara-cara untuk membuat permohonan 

  1. Sila layari laman web di 
  2. Seterusnya klik pada bahagiaan pendaftaran baru (Isi borang borang dengan lengkap)
  3. Penerimaan id dan kata laluan (Diberikan kepada pemohon)
  4. Selepas itu , log masuk ke laman utama (Pastikan guna gmail serta kata laluan untuk membuat permohonan PMR)
  5. Lengkapkan borang online (Isi maklumat ke dalam sistem)
  6. Selepas sahaja lengkap isi borang , Klik selesai pendaftaran borang dan cetak borang
  7. Akhir sekali ,ajukan segala borang dan dokumen yang diperlukan kepad pejabat cawangan SPNB yang berdekatan

SEMAKAN STATUS KELULUSAN

Segala maklum balas adalah diberikan selama 3 bulan dan kelulusan hanya akan dibuat berdasarkan peruntukan kewangan tahunan.

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang berkenaan skim Rumah Mesra Rakyat (PMR) , sila hubungi di talian hotline 03 – 2618 5555 atau emel ke aduan@spnb.com.my .

4 thoughts on “Permohonan Skim Rumah Mesra Kepada Keluarga Yang Terjejas Serendah RM300 Sebulan”

  1. Salam saya hadi dari sarawak d sini saya nk pohon pertanyaan juga mengenai rumah lama peninggalan arwah ayah saya.justeru itu rumah itu berapa kali dah cuba mohon bantuan baik pulih rumah itu.sebab saya dari lahir memang duduk rumah itu.yg masih tinggal rumah itu ibu saya ank2 dan isteri abg kakak ank saudara hampir 10 org duduk rumah itu dulu ramai lagi duduk sebab adik beradik ramai tapi paham2 lah tak semestinya hidup kita senang termasuk saya sendiri kdg2 kalau ada duit lebih tu beli sikit untuk zink kalau dah teruk sangat ini pun mak saya sanggup pinjam wang dari moneylender tampa pengetahuan saya..tujuan untuk nk buat rumah yg teruk dah ada satu ketika ibu saya terjatuh kebawah tanah sebab rumah itu bertiang dan rumah kpg.sehinggakan sakit ibu saya terjatuh waktu itu.ada sebab itulah mak nekad buat pinjaman untuk mendapatkan wang 10.000 dari moneylender tersebut.duit untuk dia bayar itu ada hasil pencen tinggalan arwah ayah saya.kenapa org yg susah macam ini payah sangat dpt bantuan untuk baik pulih rumah.pinjaman ibu saya itu msih tak ckup nk buat rumah sepenuh nya.zink belum d ganti dinding tak siap lagi semua seba kurang rumah itu saya bukan org senang d mana kerajaan nk bantu kita tak minta kalau kita berkemampuan kadang kami tahu kami tak mampu sehinggakan sangup buat pinjaman kat moneylender untuk nk buat rumah..kami sekeluarga pun malu nk minta kat kerajaan tapi kami minta tolonglah tengok2 lah keadaan org duduk kawasan bandar tapi kawasan kpg pinggir banda masih ada lagi yg kurang bernasib baik..bantu lah kmi

  2. Slm tn. Tlg pm whatsapp sy di nombor 014-6851976 Hirwan bin Hasmad, Golongan B40. Penerima bpn, bpr 2021, bkc dan lain2 bantuan kerajaan yg lain. Ingin membina rumah di atas tanah sendiri tp sy tak tahu berhubung dgn pihak SPNB cawangan Sabah @ pun di daerah Twu ni. Perhatian dan tindakan tn dlm hal ini amatlah sy harapkan dan diucapkan dgn ribuan terima kasih.

Leave a Comment