Cara Untuk Mendaftar I-Akaun KWSP Tanpa Beratur Di Kaunter

Kongsi

Untitled 1

Mungkin ramai yang diantara kita masih tidak tahu tentang penggunaan aplikasi i-Akaun yang mampu memberikan kemudahan kepada pengguna bagi sebarang urusan berkenaan KWSP.


Bagi mereka yang diluar sana masih lagi mempunyai i-Akaun , anda boleh membuat pendaftaran tanpa sebarang berurusan di kaunter KWSP.

PERINCIAN I-AKAUN

I-Akaun adalah merupakan sebuah alternatif yang memudahkan pencarum untuk membuat sebarang pengurusan wang EPF KWSP , ahli diwar warkan untuk membuat pendaftaran i-Akaun.

Antara kemudahan yang disediakan oleh i-Akaun KWSP adalah seperti berikut :

  • Semakan baki simpanan
  • Semakan rekod caruman
  • Kemaskini maklumat peribadi
  • Semakan maklumat pengeluaran
  • Semakan kelayakan pengeluaran
  • Transaksi caruman KWSP yang terkini
  • Semakan penyata KWSP akaun 1 dan 2

SYARAT KELAYAKAN

Berikut merupakan syarat kelayakan yang diperlukan untuk membuat pendaftaran i-Akaun KWSP :

  • Ahli KWSP mempunyai no ID ahli dan nombor KWSP yang sah
  • Majikan mempunyai nombor KWSP yang sah

CARA UNTUK DAFTAR I-AKAUN TANPA BERATUR

Kami akan kongsikan di bawah mengenai cara untuk membuat pendaftaran i-Akaun KWSP tanpa beratur di cawangan KWSP :

  • Anda perlu masukkan no kad pengenalan serta nombor bimbit yang aktif , kemudian , anda perlu mengimbas dengan cap jari
  • Sekeping kertas akan memparkan nombor ID . Satu messaj juga akan dihantar ke telefon bimbit anda dengan mengandungi kata laluan oleh KWSP
  • Masukkan semula kata laluan yang telah dihantar
  • Seterusnya , pilih “Semak penyata” dan sekeping kertas akan keluar dengan mengandungi penyata akaun 1 , penyata akuan 2 serta baki keseluruhan
  • Muatturun aplikasi i-Akaun KWSP melalui telefon anda di play store ataupun app store
  • Masukkan nombor id dan kata laluan yang diperolehi
  • Sila masukkan nombor id dan kata laluan baru untuk memudahkan anda
  • Tahniah ! , pendaftaran anda berjaya

LOKASI KIOSK BERDEKATAN

  • Anda perlu layari laman web portal rasmi di https://www.kwsp.gov.my/
  • Anda perlu klik pada bhagaian “Hubungi kami” dan klik paparan “Pejabat dan kiosk”
  • Pilih negeri yang anda menetap , klik pada “Pihak ketiga Kios” di bahagian jenis dan klik carian
  • Senarai kiosk yang anda cari akan dipaparkan

TERLUPA KATA LALUAN

Ikuti langkah-langkah yang disediakan bagi mereka yang terlupa dengan kata laluan :

  • Layari laman web portal rasmi di https://www.kwsp.gov.my/
  • Anda klik pada bahagian log masuk serta klik i-Akaun ahli
  • Tekan “lupa kata laluan”
  • Anda boleh memilih bantuan yang diperlukan (kata laluan sahaja , ID penggunaa sahaja )
  • Masukkan nombor kad pengenalan atau nombor KWSP
  • Pastikan anda tekan permintaan TAC untuk mendapatkan nombor TAC
  • Nombor TAC akan diberikan melalui sms dan anda perlu masukkan nombor TAC tersebut ke dalam ruang yang disediakan
  • Cipta kata laluan yang baru
  • Pastikan isi pengesahan kata laluan dan hantar , Selesai !
Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada ahli yang belum mengetahui cara mendaftar i-Akaun KWSP tanpa beratur di kaunter KWSP.

Leave a Comment