TERKINI : KWSP Membenarkan Ahli Membuat Pengeluaran Penuh Melalui Akaun 1

Kongsi
Untitled 1

Semenjak Covid -19 yang melanda di negara kita telah memberikan kesan yang buruk kepada ekonomi di negara kita . Rakyat semakin terkesan dengan wabak tersebut sehingga mengakibatkan hilang pendapatan , kehilangan pekerjaaan serta kurang pendapatan. 



Oleh itu , kerajaan telah berusaha untuk menyediakan pelbagai jenis bantuan khas kewangan untuk diberikan kepada rakyat yang memerlukan. Bantuan yang diperkenlkan ini adalah oleh pihak kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan mahupun Negeri.


Antaranya adalah KWSP telah memperkenalkan pelbagai program seperri i-Sinar , i-Lestari dan i-Citra di mana setiap ahli membolehkan me buat pengeluaran wang simpanan merek melalui Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) dengan membuat permohonan melalui program – program yang diperkenalkan.

Selain itu , pihak KWSP juga telah bersetuju untuk memberikan ruang kepada ahli bagi membenarkan membuat pengeluaran penuh KWSP dengan mengikut syarat – syarat yang telah ditetapkan seperti berikut.
1. BERUMUR 55 TAHUN
Setiap ahli yang telah mencapai usia 55 tahun dan ke atas ini dibenarkan untuk membuat pengeluaran simpanan mereka kerana Akaun 1 dan Akaun 2 ini akan digabungkan oleh KWSP. Jadi maksud di sini, sekiranya pencarum itu memilih untuk terus bekerja di usia yang telah tditetapkan , caruman yang akan terima selepas otu akan terus dikreditkan ke dalam Akaun Emas di mana pengeluaran itu boleh dikeluarkan apabila mencapai usia 60 tahun.
2. PEKERJA YANG TELAH BERPENCEN
Untuk pencarum yang telah Berpencen / Persadaan Pilihan , mereka layak untuk membuat pengeluaran penuh melalui akaun simpanan. Defisini pekerja berpencen ini bermaksud anda telah diletakkan dalam jawatan di bawah undang – pundang bertulis Malaysia atau kerajaan Negeri , Badan Kuasa Berkanun atau tempatan.
3. KEHILANGAN UPAYA
Setiap ahli KWSP yang telah mengalmi kehilangan upaya untuk bekerja , anda boleh membuat pengeluaran penuh simpanan sekiranya mereka telah disahkan oleh pegawai perubatan. Tambahan pula , ahli juga bakal terima Bantuan Hilang Upaya sebanyak RM5,000 yang bertujuan untuk mengurangkan beban kepada ahli.
4. MENINGGALKAN NEGARA
Ahli yang melucutkan taraf kewarganegaraN mereka dengan tujuan behijrah ke negara lain boleh untuk memilih mengeluarkan kesemua simpanan mereka di KWSP.
5. KEMATIAN AHLI
Jika ahli meninggal dunia , pengeluaran simpanan boleh dikeluarkan melalui waris yang terdekat. Oleh itu , pihak KWSP menasihatkan bahawa setiap ahli perlu membuat penamaan agar apabila berlakunya kematian mudah untuk menguruskan pengeluaran wang penuh KWSP.

Jika anda telah membaca kesemua syarat – syarat yang diterangkan di atas ini, permohonan pengeluaran KWSP ini boleh dibuat secara atas talian.

Leave a Comment