Tarikh & Jumlah Pembayaran Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Tahun 2023 ~ Semak Sekarang !

Kongsi
Untitled 1

Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengugumkan bantuan tunai rakyat yang bakal dilaksanakan selama ini bakal diteruskan lagi dalam era pentadbiran Kerajaan Perpaduan.


Beliau juga telah mengugumkan bahawa Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Fasa 1 ini bakal disalurkan lebih awal iaitu mulai Januari 2023 berbanding bulan Mac pada tahun ini.

Pembayaran bantuan BTR Fasa 1 ini juga dijangkakan akan memanfatkan 9 juta penerima dengan melibatkan peruntukan sebanyak RM2 bilion dengan jumlah yang akan dibayar RM300 bagi setiap isi rumah dan RM100 bagi penerima bujang.

“Saya berharap , dengan bantuan yang diberikan ini dapat meringankan beban yang ditanggung rakyat pada masa sekarang ,” katanya dalam sidang Dewan Rakyat semasa membentangkan Rang Undang – Undang Kumpulan Wang Disatukan ( Perbelanjaan Masuk Akaun) 2022.

BANTUN KELUARGA MALAYSIA (BKM) 2023

Menerusi Bajet 2023 yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan pada 7 Oktober 2022 yang lepas , Bantuan Keluarga Malaysia ini akan diteruskan bagi menjelang tahun 2023 dengan beberapa perkara yang telah ditetapkan.

1. Pendapatan Isi Rumah : Kurang Daripada RM2,500 sebulan

  • 5 Anak ataupun lebih : RM2,500
  • 1 – 4 Orang Anak : RM1,000 – RM2,000

2. Pendapatan Isi Rumah : RM2,500 – RM5,000

  • 1-4 Anak (Bergantung bilangan anak) : RM509 – RM1,250

3. Warga Emas Yang Tidak Mempunyai Pasangan

  • RM600 (Bergantung Pendapatan)

4. Bujang 

  • RM350 (Bergantung Pendapatan Individu)

5. Bantuan Tambahan Untuk Ibu / Bapa Berstatus Tunggal (IBT)

  • RM500

Leave a Comment