Tarikh & Jumlah Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Bagi Fasa 3 Tahun 2023

Kongsi
Untitled 1

Berita baik untuk rakyat Malaysia , kerajaan persekutuan telah menyediakan pelbagai jenis bantuan berbentu kewangan untuk diberikan kepada rakyat yang memerlukan tetapi berdasarkan kategori masing – masing yang ditetapkan.



Bantuan kewangan yang akan diberikan ini adalah Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi tahun 2023 . Bantuan ini adalah merupakan bantuan tahunan yang akan dilaksanakan sama seperti tahun sebelum ini seperti Bantuan Prihwtin Rakyat (BPR) , Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) dan lain – lain lagi.

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) FASA 3
Seperti yang kita tahu , pembayaran Fasa 1 dan Fasa 2 ini telah dikreditkan kepada penerima yang layak pada  awal tahun.

Salah satu tujuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini dilaksanakan adalah untuk memastikan dapat membantu rakyat dalam mengurangkan kos sara hidup mereka dengan harga barang yang naik buat masa sekarang.

Pembayaran ini hanya tinggal 2 fasa sahaja lagi selepas fasa 1 dan fasa 2 selesai dilaksanakan.
KADAR BANTUAN STR
Bayaran untuk fasa seterusnya ini adalah sebanyak RM800 jika kita bandingkan dengan fasa yang lepas adalah RM200 lepas.
I. Kategori Isi Rumah yang berpendapatan di bawah RM2,500

  • Tiada anak – Terima sebanyak RM300
  • Mempunyai 1 – 2 anak – Terima sebanyak RM400
  • Mempunyai 3 – 4 anak – Terima sebanyak RM600
  • Mempunyai 5 dan ke atas anak – RM800
II. Kategori Isi Rumah yang berpendapatan antara RM2,501 – RM5,000

  • Tiada anak – Tiada bayaran
  • Mempunyai 1 – 2 anak – Terima RM150
  • Mempunyai 3 – 4 anak – Terima RM200
  • Mempunyai 5 dan ke atas anak – Terima RM250
III. Kategori Bujang , Bujang OKU serta Warga Emas
  • Terima RM100 untuk setiap penerima yang layak
KATEGORI YANG LAYAK TERIMA BANTUAN
Semua penerima mengikut kategori masing – masing STR ini layak untuk terima bayaran pada Fasa 3 yang bakal dilaksanakan tidak lama lagi kecualj kategori Isi Rumah yang berpendapatan RM2,501 – RM5,000 tidak mempunyai anak yang tidak akan terima bayaran.

Justeru itu , pembayaran ini juga turut dikreditkan bagi pemohon yang lulus dalam membuat permohonan pada lepas.
TARIKH PEMBAYARAN
Mesti ada dikalangan kita yang tidak sabar dengan bayaran Fasa 3 ini. Tetapi pembayaran ini dijangkakan akan dilaksanakan pada bulan Julai 2023.

Walaubagaimanapun , sebarang tarikh rasmi bayaran ini masih belum dikeluarkan oleh kerajaan buat masa sekarang. Oleh itu , kita sama – sama menunggu dan berdoa agar pembayaran ini dipercepatkan.

Leave a Comment