Tarikh & Jumlah Bayaran STR Fasa 4 Mengikut Kategori

Kongsi
Untitled 1

Seperti yang kita lihat , Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) hanya tinggal Fasa 4 yang akan dibayar secara berperingkat. Bayaran fasa 1 , 2 dan 3 telahpun berjaya dikreditkan.



Makluman untuk semua , bayaran fasa 1 telah dibayar pada bulan Januari , fasa 2 telahpun dikreditkan pada bulan April dan Fasa 3 pula dibayar pada 26 Jun yang lepas.


SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) merupakan salah satu bantuan yang di lancarkan oleh kerajaan MADANI. Kadar bantuan STR ini adalah sehingga RM2,500 termasuklah dengan bantuan tambahan yang ditambah baik oleh kerajaan untuk diberikan kepada isi rumah yang layak.

Sudah pasti dengan bantuan tersebut dapat meringankan serba sedikit beban yang dihadapi oleh rakyat kita.

TARIKH BAYARAN 

Makluman untuk semua , tarikh bayaran bagi fasa terakhir ini dijangkakan akan dilaksanakan pada bulan
  • November 2023
Berkemungkinan besar juga bayaran STR Fasa 4 ini sama seperti dengan Fasa 3 di mana kerajaan memperawalkan lebih sedikit bayaran tersebut.

Walaubagaimanapun , berkenaan tarikh rasmi belum lagi dikeluarkan oleh kerajaan . Maklumat yang diberikan di atas adalah berpandukan dengan jadual yang telah dikeluarkan oleh pihak kewangan.

BAYARAN STR FASA 4

Kalau kita lihat pada sejarah pembayaran sebelum ini seperti Fasa 1 sehingga 3 penerima STR selalunya akan terima lebih awal 2 – 3 daripada tarikh rasmi yang ditetapkan.

Maklumat tambahan , bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 yang merupakan bayaran terakhirnakan dilaksanakan secara berperingkat dengan mengikut bank masing – masing. Tetapi penerima STR yang memegang kad Bank Simpanan Nasional (BSN) juga akan terima bayaran lebih awal.

JUMLAH BAYARAN MENGIKUT KATEGORI

I. Kategori Isi Rumah Berpendapatan Di Bawah RM2500 (B40 & Miskin Tegar
  • 0 Anak – RM400
  • 1 – 2 Orang Anak – RM600
  • 3 – 4 Orang Anak – RM900
  • 5 Anak Ke Atas – RM1,200
II.  Kategori Isi Rumah Berpendapatan Antara RM2,501 – RM5,000 (Golongan M40)
  • 0 Anak – RM150
  • 1 – 2 Orang Anak – RM200
  • 3 – 4 Orang Anak – RM400
  • 5 Anak Ke Atas – RM500
III. Warga Emas Sebatang Kara (60 Tahun & Ke Atas)
  • Terima bayaran sebanyak RM300
IV. Bujang & Bujang OKU
  • RM200

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) , anda boleh terus layari laman web portal rasmi di https://bantuantunai.hasil.gov.my/.

Leave a Comment