Tarikh Bayaran Akhir Bantuan STR Fasa 3 Bagi Penerima Sedia Ada Pada 6 September 2024

Kongsi

Tarikh Akhir Bayaran Penerima Sedia Ada Bantuan STR Fasa 3 Pada 6 September 2024. Setelah sebulan lebih menunggu tarikh rasmi bayaran yang diumumkan akhirnya kerajaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa tarikh rasmi bayaran bantuan STR Fasa 3 adalah pada 29 Ogos 2024.

Pada pembentangan bajet belanjawan 2024, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim merangkap sebagai Perdana Menteri dan juga merupakan Menteri Kewangan telah mengugumkan bahawa peruntukan STR bagi tahun 2024 ini telah dinaikkan sebanyak RM2 bilion dan dijangkakan akan memberikan manfaat 60% bagi setiap penerima yang layak.

Baca juga : Bantuan Khas Tunai Sehingga RM650 Untuk Setiap Isi Rumah B40 Yang Layak

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024

Sumbangan Tunai Rahmah adalah merupakan salah satu bantuan tunai yang akan diberikan kepada rakyat yang memerlukan khususnya bagi mereka yang terdiri daripada kategori isi rumah , ibu bapa tunggal , warga emas tiada pasangan dan bujang.

Untuk pengetahuan anda semua , Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini akan dilaksanakan sebanyak empat fasa dalam setahun denngan jumlah keseluruhan itu akan dipecahkan bagi setiap fasa yang akan dilaksanakan.

STR FASA 3

Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi berkenaan bayaran STR Fasa 3 ini mula dikreditkan ke dalam akaun penerima masing – masing mulai 29 Ogos 2024 dengan secara berperingkat. Namun begitu , tarikh akhir bayaran ini adalah pada 6 September 2024 bagi penerima sedia ada.

JUMLAH BAYARAN

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran yang akan diterima oleh penerima mengikut kategori yang telah ditetapkan.

I. Isi Rumah B40

  • RM150 – RM650

II. Isi Rumah M40

  • RM150 – RM300

III. Warga Emas Tiada Pasangan

  • RM150

IV. Bujang

  • RM50

Makluman penting untuk semua penerima STR, sisa baki jumlah bayaran ini akan dilaksanakan pada fasa yang terakhir nanti iaitu fasa empat. Jumlah bayaran isi rumah di atas adalah berbeza mengikut jumlah tanggungan bagi setiap isi rumah.

CARA BAYARAN

Pembayaran ini akan disalurkan terus ke dalam akaun bank penerima yang layak bagi mereka yang mempunyai akaun bank yang masih aktif. Manakala bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank boleh tebus di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN).