Pembayaran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 ini akan dikreditkan pada bulan Ogos 2024. Program ini adalah merupakan bantuan tambahan yang akan diberikan kepada penerima yang layak sahaja berdasarkan kelayakan yang ditetapkan dengan jumlah bantuan sebanyak RM1,200.
Bantuan SARA 2024 yang ditambah baik ini akan memberikan mafaat kepada penerima . Pastikan rujuk maklumat di bawah yang akan diterangkan lebih mendalam.
Baca juga : Bantuan Skim Mesra RM500 : Cara Mohon & Syarat Kelayakan
SUMBANGAN ASAS RAHMAH
Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengugumkan melalui pembentangan bajet Belanjawan 2024 yang diadakan pada bulan Oktober 2023 yang lepas bahawa bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ini akan diteruskan lagi bagi tahun 2024.
Di samping itu , dari segi kadar bayaran juga telah dinaikkan daripada RM600 kepada RM1,200 untuk setiap penerima yang layak.
CARA TEBUS
Program ini juga telah menawarkan sebanyak RM100 untuk setiap bulan dikreditkan dan menjadikan keseluruhannya sebanyak RM1,200 dalam tempoh masa setahun.
Nama dan juga nombor MyKad penerima yang layak direkodkan dan boleh menggunakan secara tanpa tunai dengan melalui MyKad di pasaraya yang telah didaftarkan.
Bagi penerima yang menetap di negeri Sabah , Sarawak dan Labuan juga dibayar pada bulan Februari yang lepas.
BANTUAN TAMBAHAN
Berikut adalah merupakan kadar bayaran yang akan diberikan mengikut kategori seperti isi rumah dan jumlah tanggungan :
- Tiada anak : RM1,200
- 1 – 2 Anak : RM1,200
- 3 – 4 Anak : RM1,200
- 5 Anak & Ke Atas : RM1,200
SYARAT KELAYAKAN
Berikut merupakan syarat kelayakan yang diperlukan bagi bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
- Terdiri daripada isi rumah miskin tegar
- Pendapatan bulanan di bawah RM1,116
- Merupakan Penerima STR
- Tiada had umur
TARIKH BAYARAN
Untuk pengetahuan anda semua , tarikh pembayaran bantuan ini akan disalurkan bermula 1 Ogos 2024 kepada setiap penerima yang layak sahaja kecuali penerima yang menetap di negeri Sabah , Sarawak dan Labuan.