STR Rayuan Fasa 3 : Semakan Jumlah & Tarikh Bayaran Mengikut Bank Penerima

Kongsi

STR Rayuan Fasa 3 : Semakan Jumlah & Tarikh Bayaran Mengikut Bank Penerima . Pada baru – baru ini ramai dikalangan kita menunggu pembayaran yang dilaksanakan oleh kerajaan. Walaubagaimanapun , akhirnya tarikh rasmi bayaranpun tekah diumumkan oleh kerajaan dimana bayaran mula dikreditkan pada 29 Ogos 2024.

Pembayaran tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat sehingga 6 September bagi penerima yang sedia ada. Sudah pasti dengan bantuan yang dikreditkan ini akan memberi sedikit sebanyak untuk membuat perbelanjaan barangan dapur untuk setiap penerima yang layak.

Menerusi pembentangan bajet Belanjawan 2024, YAB Dato Seri Anwar Ibrahim yang merupakan sebagai Perdana Menteri dan Menteri Kewangan ini juga telah mengugumkan bahawa kerajaan akan tingkatkan peruntukan STR sebanyak RM2 bilion yang dijangkakan akan memberikan manfaat kepada penerima.

Baca juga : Pengeluaran Akaun 1 KWSP Yang Dibenarkan Bagi Bulan September 2024

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH

Sumbangan Tunai Rahmah juga adalah merupakan salah satu bantuan kewangan tahunan yang diberikan kepada setiap isi rumah , bujang , ibu bapa tunggal serta warga emas yang berkelayakan. STR ini juga telah masuk tahun kedua setelah kerajaan bersetuju untuk meneruskan lagi pada tahun ini.

Seperti yang kita tahu , pembayaran ini akan dilaksanakan melibatkan empat fasa dalam masa setahun. Pembayaran terakhir akan dilaksanakan pada bulan November 2024 iaitu STR Fasa 4.

STR RAYUAN FASA 3

Kerajaan telah mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa tarikh bayaran rasmi bantuan STR Fasa 3 mula dikreditkan pada 29 Ogos sehingga 6 September bagi penerima sedia ada. Kebiasannnya bayaran ini penerima yang memegang kad BSN akan terima bayaran lebih awal.

JUMLAH BANTUAN STR RAYUAN FASA 3

Berikut adalah merupakan jumlah bayaran yang akan diberikan kepada setiap penerima rayuan yang lulus dalam permohonan :

1. Isi rumah B40

  • RM150 – RM600 (Bergantung jumlah tanggungan)

2. Isi Rumah M40

  • RM150 – RM300 (Bergantung jumlah tanggungan

3. Warga Emas / Tiada Pasangan

  • RM150

4. Bujang

  • RM50

JADUAL BAYARAN STR FASA 3 MENGIKUT BANK

Pembayaran bantuan STR rayuan fasa 3 ini mula dikreditkan pada 18 sehingga 20 September dengan secara berperingkat bagi setiap penerima yang layak. Bayaran tersebut berkemungkinan akan dikreditkan kepada penerima yang memegang kad Bank Simpanan Nasional (BSN).

Manakala , bagi penerima rayuan yang lulus tidak mempunyai akaun bank ataupun tidak aktif sebarang bayaran ini boleh ditebus melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 18 September nanti.