Rasmi : Bayaran STR Fasa 4 mula dikreditkan hari ini ke dalam akaun penerima masing – masing. Sementara dengan pembayaran ini juga penerima yang ingin membuat kemaskini STR 2025 juga telah dibuka dan boleh dilakukan secara atas talian.
Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Sumbangan Tunai Rahmah ataupun dikenali sebagai STR merupakan salah satu bsntuan kewangan untuk diberikan kepada setiap penerima yang layak dengan kadar maksimum sehingga RM2,500.
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) juga adalah salah satu bantuan tambahan yang akan diberikan kepada penerima yang layak sebanyak RM1,200 dengan berbentuk kredit sahaja yang boleh diguna pakai untuk membeli barangan keperluan asas.
Baca juga : Permohonan Baharu Bantuan STR 2025 Kini Dibuka
STR Fasa 4
Untuk pengetahuan anda semua , jumlah pembayaran STR dari fasa 1 hingga 4 pula , Fasa 4 adalah merupakan pembayaran yang tertinggi dengan mengikut kategori yang telah ditetapkan.
Tujuan utama bantuan ini diberikan adalah untuk meringankan beban bagi golongan yang berpendapatan rnedah khususnya isi rumah , warga emas serta bujang.
Jumlah Bayaran STR Fasa 4
Pada pembayaran terakhir ini , semua kategori seperti isi rumah , bujang dan warga emas yang tidak mempunyai pasangan turut layak untuk terima bantuan kewangan tersebut.
Jumlah Bayaran STR Fasa 4
Berikut adalah merupakan jumlah bayaran mengikut kategori yang telah ditetapkan :
I. Isi Rumah B40 ( RM2,500 ke bawah
- Tiada anak : RM200
- 1 – 2 anak : RM350
- 3 – 4 anak : RM500
- 5 anak & ke atas : RM700
II. Isi Rumah M40 (RM2,501 – RM5,000)
- Tiada anak : RM50
- 1 – 2 anak : RM200
- 3 – 4 anak : RM250
- 5 anak & ke atas : RM350
III. Bujang Tidak Mempunyai Pasangan
- RM100
IV. Warga Emas Tiada Pasangan
- RM150
Tarikh Bayaran
Berita baik untuk anda semua , tarikh bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) hagi Fasa 4 telah pun mula dikreditkan ke dalam akaun penerima masing – masing bermula 7 November 2024. Hal ini dikatakan kerana Perdana Menteri telah mengugumkan semasa pembentangan bajet belanjawan 2025 yang diadakan pada bulan lepas.