STR Fasa 3 : Penerima Baharu & Rayuan Akan Terima Bayaran Bermula Pada 18 September 2024

Kongsi

STR Fasa 3 : Penerima Baharu & Rayuan Akan Terima Bayaran Bermula Pada 18 September 2024. Pembayaran ini telah diumumkan pada 23 Ogos yang lepas di mana penerima baharu & rayuan masing – masing akan terima bayaran mulai 18 hingga 20 September 2024.

Ini merupakan pembayaran terakhir bagi fasa 3 setelah pembayaran telah selesai dikreditkan ke dalam akaun penerima STR sedia ada pada 29 Ogos 2024. Kini pembayaran akan disalurkan kepada penerima baharu & rayuan STR Fasa 3 sahaja lagi.

Bagi pembayaran STR Fasa 4 pula , kerajaan juga telah mengugumkan bahawa bayaran akan disalurkan lada bulan November 2024 dengan mengikut kelayakan kategori masing – masing. Walaubagaimanapun , sebarang tarikh rasmi ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Baca juga : STR Rayuan Fasa 3 : Semakan Jumlah & Tarikh Bayaran Mengikut Bank Penerima

Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Pada baru – baru ini Kementeri Kewangan telh mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa pembayaran STR Fasa 3 ini mula disalurkan pada 29 Ogos 2024 dengan secara berperingkat.

Untuk pengetahuan anda semua , bayaran ini akan diproses secara automatik ke dalam akaun bank penerima masing – masing yang layak. Bagi penerima yang memegang kad bank BSN selalunya akan terima bayaran lebih awal.

Semakan Status STR Fasa 3

Berikut adalah merupakan cara untuk membuat semakan status STR Fasa 3 :

  • Sila klik log masuk MySTR
  • Masukkan nombor MyKad Pemohon
  • Pengesahan Kata Kunci Keselamatan
  • Masukkan Kata Laluan
  • Klik pada bahagian Semakan Status
  • Maklumat akan dipaparkan
  • Status Permohonan
  • Maklumat Bayaran (Jika Ada)

Apabila status anda tidak lulus , akan dipaparkan seperti contoh gambar di bawah.

image 3
STR Fasa 3 : Penerima Baharu & Rayuan Akan Terima Bayaran Bermula Pada 18 September 2024 3

Jumlah Bayaran STR Fasa 3

Kadar pembayaran ini akan diberikan berdasarkan kelayakan penerima STR Fasa 3 masing – masing :

  • Isi Rumah (<RM2500) : RM150 – RM600
  • Isi Rumah (RM2501 – RM5000) : RM150 – RM300
  • Warga Emas (Tiada Pasangan) : RM150
  • Bujang : RM50

Maklumat Lanjut

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai pembayaran STR Fasa 3 bagi penerima baharu & rayuan , anda boleh terhs rujuk melalui portal rasmi MySTR LHDNM ataupun hubungi di talian hotline STR HASiL 1-800-88-2747.