STR Fasa 3 : Bantuan Akan Disalurkan Pada Bulan Ogos 2024

Kongsi

Bantuan STR Fasa 3 : Bayaran Akan Disalurkan Pada Bulan Hadapan. Seperti yang kita tahu , bantuan ini berbaki 2 fasa sahaja lagi dan menjadikan bantuan ini selesai disalurkan pada tahun kedua ini.

BAYARAN STR FASA 3

Menerusi kenyataan daripada Kementerian Kewangan , pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) ini akan disalurkan pada bulan Ogos 2024. Bayaran tersebut akan melibatkan penerima bagi kategori isi rumah , bujang dan warga emas.

Makluman anda semua , prgram bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah memasuki bagi tahun kedua seperti mana kerajaan telah bersetuju untuk meneruskan lagi bagi tahun ini. Selain itu , seramai 9 juta rakyat Malaysia yang akan terima bayaran ini.

Sebarang permohonan baharu mahupun kemaskini maklumat yang terkini telah dibuka sepanjang tahun ini. Melalui program bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang diperkenalkan oleh kerajaan ini dapat mengurangkan sedikit sebanyak beban kos sara hidup rakyat khususnya bagi mereka yang terdiri daripada golongan B40.

Baca juga : Bantuan STR Bujang RM350 : Semakan Status & Tarikh Pembayaran

SENARAI KATEGORI PENERIMA STR FASA 3

Pada tahun lepas , kategori isi rumah dan warga emas layak untuk terima bayaran melalui program Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dengan kadar bayaran sehingga RM800 khas kepada isi rumah.

Manakala pada tahun ini pula , jumlah bayaran serta kategori penerima akan dimaklumkan kemudian sebelum tarikh bayaran yang akan disalurkan nanti. Sebarang maklumat rasmi akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

JADUAL BANTUAN STR 2024

Berikut adalah merupakan jadual pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada tahun 2024 :

  • Fasa 1 : Disalurkan pada bulan Januari
  • Fasa 2 : Dibayar pada bulan April
  • Fasa 3 : Dikreditkan pada bulan Ogos
  • Fasa 4 : Disalurkan pada bulan November

SEMAKAN STATUS

Bagi mereka yang ingin membuat semakan status tersebut boleh dibuat dengan mengikut fasa yang ditetapkan bagi tahun ini. Semakan status ini boleh dibuat melalui portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my/ .

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) boleh terus rujuk melalui portal rasmi yang disediakan di atas. Selain itu , terdapat juga pelbagai bantuan yang lain seperti mana yang disediakan oleh kerajaan untuk disalurkan pada tahun 2024 ini DISINI.