Geran Khas Prihatin adalah merupakan bantuan kewangan kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS). Program ini adalah untuk membantu aliran tunai perniagaan serta dijangka dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran dan perkhidmatan dalam negara.
Pemberian Bantuan khas GKP, GKP 4.0 adalah berkemungkinan merupakan bantuan terakhir untuk PKS. Perkara ini kerana tiada pembentangan khas yang disampaikan oleh Menteri Kewangan dalam Bajet 2022 yang lalu.
Menteri Kewangan Tengku Dato Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz mengatakan bahawa PKS akan menerima bayaran bantuan sebanyak RM 500 bagi Fasa 2 GKP 4.0
Perusahaan Kecil Sederhana (PKS) adalah melibatkan penerima sedia ada dan baharu Geran Khas Prihatin (GKP) akan menerima bantuan bayaran sebanyak RM 500 bagi Fasa 2.
Menteri Kewangan juga turut berkata bahawa bayaran itu melibatkan penerima GKP 1.0, 2.0, 3.0 dan juga penerima bantuan baharu GKP
CARA-CARA SEMAK STATUS GKP 4.0
Cara-cara untuk menyemak status kelulusan GKP, anda boleh rujuk maklumat di bawah:
-
Anda perlu layari laman web rasmi daripada pihak LHDNM : GKP HASIL
-
Seterusnya, anda perlu memasukkan nombor Kad Pengenalan
-
Kemudian, masukkan kata laluan
KADAR BAYARAN BANTUAN GKP 4.0
Kadar bayaran bagi bantuan GKP 4.0 adalah seperti berikut:
-
Bntuan GKP 4.0 dibayar secara “one-off” sebanyak RM 500
TARIKH BAYARAN BANTUAN GKP 4.0
Tarikh pembayaran bagi bantuan GKP 4.0 adalah seperti berikut:
-
Pembayaran bantuan GKP fasa 2 adalah pada bulan November
-
Tarikh yang spesifik masih belum diumumkan
PEMBAYARAN BANTUAN GKP 4.0
Pembayaran bantuan GKP 4.0 adalah seperti berikut
-
Pembayaran GKP terus dikreditkan kedalam akaun bank pemohon
-
Akaun bank persendirian pemohon hendaklah akaun bank simpanan/ semasa yang aktif sahaja
MAKLUMAT LEBIH LANJUT
Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan bantuan ini, anda boleh terus menghubungi talian hotline melalui laman web rasmi LHDNM GKP HASIL