Semak Kelayakan Bagi Bantuan Yuran Taska RM100 Setiap Bulan

Kongsi

 Add%2Ba%2Bheading%2B%252816%2529

Untuk pengetahuan bagi ibu bapa di luar sana , ibu bapa boleh memohon bantuan untuk anak yang ingin memasuki pelajaran dalam taska yang telah disediakan oleh kerajaan negeri selangor . Melalui Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) , Pihak YAWAS telah membuat borang permohonan ini kepada ibu bapa bagi dapat membayar yuran taska untuk setiap bulan. 

Skim ini ditubuhkan untuk membantu ibu bapa yang kurang berkemampuan dalam membiayi pelajaran anak mereka . Skim Bantuan Asuh Pintar ini telah pun dibuka untuk tahun ini iaitu 2021. 

Bagi tarikh permohonan untuk Skim Bantuan Asuh Pintar pula perlu membuat permohonan pada setiap bulan sebelum 15 hari bulan , Hal ini demikian kerana untuk melayakkan diri dalam bantuan yuran taska RM100. 

SYARAT – SYARAT KELAYAKAN

Bagi ibu bapa yang di luar sana yang ingin membuat permohonan Bantuan Yuran Taska dari Asuh Pintar ini perlu merujuk syarat kelayakan yang telah ditetapkan : 

  • Ibu bapa perlu warganegara Malaysia serta menetap di negeri Selangor 
  • Pemohon yang tidak lahir di negeri selangor tetapi menetap di selangor perlu sekurang-kurangnya dalam 5 tahun di negeri Selangor , Ibu bapa perlu dapatkan pengesahan melalui Pengerusi Perumahan Tetap atau Ketua Kampung (Rujuk lokasi tempat tinggal) 
  • Ibu bapa mestilah bekerja 
  • Pemohon perlu mempunyai pendapatan isi rumah sekurang-kurangnya RM5,000 ke bawah setiap bulan
  • Ibu bapa yang mempunyai anak yang berumur 4 tahun ke bawah
  • Bantua Asuh Pintar ini terhad kepada 2 orang anak sahaja
  • Untuk ibu bapa yang mendaftarkan anak mereka di taska perlu yang berdaftar dengan  Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) 
  • Ibu bapa adalah sebagai pengundi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia .

CARA MELAKUKAN PERMOHONAN BANTUAN ASUH PINTAR

Bagi ibu bapa yang ingin membuat permohonan perlu mengikut langkah – langkah yang telah ditetapkan : 

  1. Pertama sekali , pemohon perlu layari http://asuhpintarv2.yawas.my/web/semakan.php?kp= 
  2. Seterusnya, sila masukkan no kad pengenalan yang diperlukan serta sila klik “semak”
  3. Setelah siap tekan “semak” , pemohon perlu klik butang “permohonan baru
  4. Pemohon perlu mengisi borang itu dengan lengkap 
  5. Pemohon dinasihatkan untuk membuat semakan semula sebelum membuat pendaftaran
  6. Setelah selesai , sila klik butang “daftar” bagi menghantar borang permohonan. 
  7. Pemohon perlu membuat cetakan borang permohonan yang telah diisi dengan lengkap
  8. Pemohon perlu menghantar borang permohonan dan dokumen sokongan yang diperlukan ke emel asuhpintar@gmail.com 

DOKUMEN SOKONGAN

  • Pemohon perlu sediakan sijil kelahiran / Mykid anak
  • Pemohon perlu sediakan Salinan Mykad Ibu & Mykad bapa
  • Pemohon perlu sediakan salinan Perakuan Anak Angkat / Sijil Cerai / Sijil Kematian (sekiranya perlu)
  • Pemohon perlu sediakan slip gaji
  • Pemohon perlu sediakan cop pengesahan daripada taska pada borang permohonan

MAKLUMAT LANJUT

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan bantuan asuh pintar ini , anda boleh terus layari lawan web http://asuhpintarv2.yawas.my/

Leave a Comment